Thursday, 15 January 2009

Nilai Ukuran Mutu Barangan- Standard Piawai



Pasaran hari ini, begitu sesak dengan berpuluh-puluh syarikat menjual makanan tambahan. Keadaan ini terjadi kerana orang ramai sedar betapa kepentingan pemakanan untuk hidup sihat.Jika makanan yang dimakan kekurangan khasiat mengikut (“Standard American Diet” (SAD)) ,yang dijadikan ukuran ,di nasihatkan supaya mengambil makanan tambahan untuk mencukupi keperluan itu

Keadaan ini menjadikan syarikat pengeluaran mengambil kesempatan dalam mempromosikan bahan keluaran syarikat mereka. Semuanya mendakwa dirinya yang terbaik.Keadaan begini biasa terjadi, apabila sesuatu keluaran diberi sambutan hebat – sama ada kasut sukan, pakaian atau makanan tambahan – ada yang mengambil kesempatan pada popularity ini untuk membuat keuntungan cepat.Ada yang “mengeluarkan makanan tambahan yang bermutu rendah secara besar-besaran pada kos yang rendah, dan dipersembahkan kepada para pengguna yang jahil sebagai keluaran terbaik.

Sebagai pengguna berhati-hatilah dengan tawaran-tawaran sedemikian.Anda mungkin berjimat sedikit wang kerana membeli dengan harga murah tetapi kesihatan yang menjadi binasa. Ringkasnya, produk pemakanan telah menjadi peniagaan yang besar dan pengguna yang kurang arif menjadi sasaran mudah kepada pengaut keuntungan yang kejam.
Bagaimana untuk mengelakkan diri dari tertipu dalam kecelaruan dakwaan ini ? Keluaran barangan termurah bukan selalunya (atau biasanya ) belian terbaik, begitu juga dengan harga termahal.

Bagaimana untuk memilih pemakanan yang terbaik pada harga yang terbaik? Apa dasar anda untuk membuat keputusan yang bijak bestari? Jawapannya ,anda perlu tahu maklumat yang diberikan pada keluaran barangan berkenaan – bukan nama (yang biasa lebih merupakan gimik) tetapi kandungan dan kualiti sebenar yang tertera pada label (dan sebarang tulisan yang disertai). Inilah yang akan memberi maklumat yang anda perlu tahu dalam memilih sesuatu makanan tambahan dengan bijak .

Related Posts:

  • Sijil Halal JAKIM Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE … Read More
  • Anda Tahu Halal Dan Haram ?Bagaimana nak tahu ayam yang dibeli halal atau haram kerana logo halal ditampal kat plastik pembungkusan.? Kalau ada kepala ayam bolehlah diselidik lagi, jika telah siap di potong macamana?.Untuk Langkah keselamatan , Belil… Read More
  • Nilai Ukuran Mutu Barangan- Standard PiawaiPasaran hari ini, begitu sesak dengan berpuluh-puluh syarikat menjual makanan tambahan. Keadaan ini terjadi kerana orang ramai sedar betapa kepentingan pemakanan untuk hidup sihat.Jika makanan yang dimakan kekurangan khasiat … Read More
  • Inilah Punca Anak Sukar Di Didik...10 Ramuan Berbahaya Dalam Mi Segera .Sedarkah anda mi segera mengandungi bahan berikut dalam ramuannya. Anda turut mengambilnya bersama dengan mi segera anda. 1.Kalsium Sulfat: Kapur Paris. 2.Asid Tartarik: Bahan kimia yang d… Read More
  • Fatwa Kesan Rokok .Kenapa Menjadi Haram ?Fatwa kepada menghisap rokok,kenapakah ia menjadi haram ?.Rokok memang memudaratkan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang menghisapnya, oleh itu ia bukan lagi bertaraf makruh tetapi lebih dari itu.Setiap batang rokok yang diny… Read More

0 comments:

Post a Comment