Tuesday, 1 June 2010

Buah Kurma (Phonex Dactylifera )


Buah Kurma (Tamar). adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan.Rasa buah kurma segar cukup enak ,ranggup kerana biasanya buah ini disejukkan untuk mengelakkannya daripada rosak.

Buah Kurma mempunyai banyak gred dan berbagai panggilan.Sewaktu di Maddinah saya lebih suka makan kurma nabi.Warnanya agak hitam dan buahnya lebih kecil daripada yang lain dan agak bulat sedikit.Harganya jauh lebih mahal berbanding dengan jenis kurma yang lain.DBuah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, sodium, vitamin A dan C, fosforus, potasium dan juga mengandungi sejenis bahan protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Jika dibiarkan, tindak balas itu akan menyebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Kurma mempunyai pelbagai khasiat yang tercatit didalam Al-Quran. Buah kurma sangat sesuai untuk wanita waktu kehamilan atau selepas kelahiran memandangkan buah ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.

Firman Allah:
Maksudnya: "Dan gegarlah ke arahmu pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan".

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:
"Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam binti Imran ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar".

Related Posts:

  • Buah Kurma (Phonex Dactylifera )Buah Kurma (Tamar). adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan.Rasa buah kurma segar cukup enak ,ranggup kerana bias… Read More
  • Fatwa Kesan Rokok .Kenapa Menjadi Haram ?Fatwa kepada menghisap rokok,kenapakah ia menjadi haram ?.Rokok memang memudaratkan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang menghisapnya, oleh itu ia bukan lagi bertaraf makruh tetapi lebih dari itu.Setiap batang rokok yang diny… Read More
  • Inilah Punca Anak Sukar Di Didik...10 Ramuan Berbahaya Dalam Mi Segera .Sedarkah anda mi segera mengandungi bahan berikut dalam ramuannya. Anda turut mengambilnya bersama dengan mi segera anda. 1.Kalsium Sulfat: Kapur Paris. 2.Asid Tartarik: Bahan kimia yang d… Read More

0 comments:

Post a Comment