Thursday, 19 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MEMELIHARA ALAT KELAMIN WANITA.

1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah saluran yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon, mereka perlu ingat untuk menukarnya.

3. Elak daripada sering mengamalkan “douching” iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria “lactobacilli” dari faraj, di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan menyabun atau menyapu “shower gel” pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

6. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

7. Elakkan memakai pakaian dalam synthetic yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan. Elok memakai “panty liner” supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.


SUMBER ----- http://petuamalaya.blogspot.com/2012/12/petua-menjaga-alat-kelamin-wanita.html

Related Posts:

  • PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BULU KAKI.1.Petua-petua tradisional menghilangkan bulu kaki dengan menggunakan gula.Ambil tiga senduk gula pasir, 1/4 gelas perasan perahan limau, dan 1/4 gelas air. Panaskan campuran bahan-bahan tersebut dengan api kecil hingga m… Read More
  • PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK PERAWAN @ ANAK DARA.Banyak petua-petua tradisional untuk anak dara yang baik untuk diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua tradisional yang boleh diamalkan oleh wanita yang tela… Read More
  • PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN PAYUDARA.Semua wanita inginkan payudara mereka sentiasa kelihatan cantik,segar dan sihat. Payudara yang cantik,segar dan sihat akan menjadikan suami sentiasa bangga dengan isteri mereka. Cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.Pe… Read More
  • PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCERAHKAN KULIT BADAN.Petua-petua tradisional menyediakan satu petua untuk mencerahkan kulit badan anda.Cara-caranya adalah ambil beras dan gorengkannya tanpa menggunakan minyak sehingga agak keperangan. Selepas itu anda kisarkannya sehingga … Read More
  • PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK KEKAL LANGSING.Ramai antara wanita yang ingin sentiasa langsing dan mengelakkan dari masalah kegemukan. Faktor pertama adalah makan makanan yang banyak mengandungi gula dan lemak. Di samping itu juga kurangnya bersenam adalah salah satu fak… Read More

0 comments:

Post a Comment