Monday, 31 March 2014

Cara-Cara Menghilangkan Jeragat.

Ramai diantara kita semua mengalami jeragat hitam di muka. Secara tidak langsung muka anda akan kelihatan tidak bermaya dan tidak bersih. Dibawah ini ditunjukkan beberapa petua tradisional untuk menghilangkan jeragat di muka anda.

Petua hilangkan jeragat 1:

Anda ambil beras dalam segenggam. Rendam beras tersebut di dalam air lebih kurang sejam lamanya. Buangkan airnya dan tumbuk beras tersebut dengan kunyit hidup. Besar kunyit tersebut lebih kurang 1 cm sahaja. Ambil sebiji limau nipis yang telah diperah airnya dan sebiji putih telur. Hanya ambil jus perahan limau itu sahaja untuk dicampurkan dengan putih telur. Gaulkan semua bahan tersebut dan jadikannya masker. Selepas itu cuci muka anda dengan air suam yang bersih setelah masker anda kering. InshaAllah jeragat anda akan hilang sepenuhnya.

Petua hilangkan jeragat 2:
Ambil 1 sudu susu tepung dan gaulkannya dengan perahan limau nipis sehingga ia membentuk paste. selepas itu sapukannya ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan menggunakan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit muka anda. Cubalah lakukan sekerap mungkin. Insha Allah akan berkesan.
Admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku kepada anda.

Related Posts:

  • PETUA DAN CARA-CARA MENAIKKAN SERI MUKA.PETUA MENAIKKAN SERI MUKA.Jika anda menggunakan santan untuk memasak jangan lupa ambil air kelapa tersebut. Air kelapa ini boleh digunakan untuk menaikkan seri muka anda. Anda boleh mencuba membuatnya sendiri.CARA-CARANYAAmbi… Read More
  • Petua Tradisional Elakkan Kulit Muka Berkedut.Google ImageRAMAI wanita inginkan kulit yang cantik, tidak berkedut dan sihat namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masalah kulit terutamanya kedutan. Selain memperol… Read More
  • PETUA MELICINKAN KULIT MUKA.PETUA MELICINKAN KULIT MUKA..  1. Ambil tepung pulut dan campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali s… Read More
  • Petua Dan Tips Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik.Petua Dan Tips Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik. Google ImageAlat sulit wanita adalah merupakan kawasan yang paling sensitif dalam tubuh badan wanita. Ia memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan teliti. Kurang mengambil… Read More
  • Cara-Cara Menghilangkan Jeragat.Ramai diantara kita semua mengalami jeragat hitam di muka. Secara tidak langsung muka anda akan kelihatan tidak bermaya dan tidak bersih. Dibawah ini ditunjukkan beberapa petua tradisional untuk menghilangkan jeragat di muka … Read More

0 comments:

Post a Comment