Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
Monday, 28 June 2010
Tuesday, 15 June 2010
Petua Merawat Selesema
Selesema membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika anda menghidapi selesama, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema.1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.3) Ambil secawan air
Friday, 11 June 2010
Petua Menyembuhkan Kulit Kurap
Kulit kurap membuat seseorang berasa tidak selesa dan malu. Jika menghadapi masalah kulit ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga
Buah Kiwi (Actinidia chinensis)
Buah kiwi (Actinidia chinensis), kaitkan dengan Australia dan New Zealand .Isi buah kecil yang berbentuk bujur dan berkulit coklat yang berbulu halus ini, berwarna hijau zamrud yang terang dan separuh lut sinar dengan aturan beberapa urat putih di bahagian tengahnya dan mempunyai biji-biji hitam yang kecil. Rasa isinya agak berkrim, enak dan lazat hampir menyamai rasa campuran buah strawberi dan pisang, serta mempunyai rasa manis yang unik.
Buah ini mengandungi vitamin A, B1, B2, potasium, niasin dan asid posfat dan juga kaya dengan klorofil dan mempunyai sumber antioksidan yang terbaik .Kandungan antioksidan dalam buah ini dapat membantu imunisasi tubuh mengatasi radikal bebas /Kandungan zat lutein dapat mencegah kanser prostat dan penyakit yang disebabkan virus atau bakteria
tidak mengandungi lemak.Kandungan magnesium dan vitamin C yang terdapat dalam buah ini ,menjadikan hati /liver dapat bekerja/berfungsi dengan lebih baik/maksima. Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi bagus untuk yang sedang ber diet. Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi
70% tubuh manusia mengandung air. Jika tiba-tiba berlaku cirit birit atau muntah. Bahagian tubuh yang berisiko adalah gagal ginjal/buah pinggang. Buah ini dapat digunakan sebagai sumber energi, karena mengandung kalori yang dapat diubah menjadi energi. Satu biji buah dijangkakan mendapat 80-90 kalori.
Seorang kawan bercerita dia dan suaminya disahkan terkena demam denggi dan di masukkan ke hospital.Kes pesakit denggi biasanya dikenali dengan symptom;demam yang tinggi, menggigil,rasa loya,keluar bintit-bintit di kulit, sakit-sakit badan dan sendi.Platlet dalam darah suaminya turun sehingga 18.Doktor terpaksa menambah Platlet (platlet transfusion )……dengan minum jus kiwi dan memakan sedikit buah kiwi platletnya mendadak naik menjadi 82 ,sementara isterinya pula bacaan 76 naik ke 170…sangat menakjubkan.
Untuk kecukupan serat per hari,kita perlukan sekitar 25-30 gram. Satu mangkuk kecil sayur atau satu buah diperkirakan mengandung serat 4 gram. Jika Anda malas makan sayur, anda perlu makan 8 buah untuk memenuhi keperluan serat 30 gram,.
Tuesday, 1 June 2010
Buah Kurma (Phonex Dactylifera )
Buah Kurma (Tamar). adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan.Rasa buah kurma segar cukup enak ,ranggup kerana biasanya buah ini disejukkan untuk mengelakkannya daripada rosak.
Buah Kurma mempunyai banyak gred dan berbagai panggilan.Sewaktu di Maddinah saya lebih suka makan kurma nabi.Warnanya agak hitam dan buahnya lebih kecil daripada yang lain dan agak bulat sedikit.Harganya jauh lebih mahal berbanding dengan jenis kurma yang lain.DBuah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, sodium, vitamin A dan C, fosforus, potasium dan juga mengandungi sejenis bahan protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Jika dibiarkan, tindak balas itu akan menyebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Kurma mempunyai pelbagai khasiat yang tercatit didalam Al-Quran. Buah kurma sangat sesuai untuk wanita waktu kehamilan atau selepas kelahiran memandangkan buah ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.
Firman Allah:
Maksudnya: "Dan gegarlah ke arahmu pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan".
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:
"Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam binti Imran ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar".
Buah Delima (Punica Granatum)
Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".
Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.
Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.
Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.