Thursday 26 December 2013

Saturday 21 December 2013

Petua Menghilangkan Rasa Pahit Peria






Teringin makan peria... tapi rasanya pahit...

cubalah petua di bawah ini untuk menghilangkan rasa pahit peria:





Petua Menghilangkan Rasa Pahit Peria 1:



Rendam peria yang telah dipotong ke dalam air beras sejam sebelum dimasak.





Petua Menghilangkan Rasa Pahit Peria 2:



Bancuh 1 sudu garam dengan semangkuk air . Masukkan peria yang telah dipotong dan biarkan selama 5-10 minit.

Thursday 19 December 2013

Petua Mengurangkan Batuk




Anda mengalami batuk yang teruk?

Apakata cuba petua-petua di bawah ini untuk mengurangkan batuk.



Petua Mengurangkan Batuk 1



Ambil perahan jus dari sebiji limau nipis dan dicampurkan dengan sesudu madu. Minum setiap pagi semelum sarapan selama seminggu.


Petua Mengurangkan Batuk 2

Ambil sebiji limau sunkist, buat lubang dengan toreh pangkah pada kulit bahagian atas limau tersebut.

Tuesday 17 December 2013

Petua Menggebukan Wajah






Anda inginkan kulit wajah gebu menawan?

Cubalah petua-petua di bawah:



Petua Menggebukan Wajah 1:

Lenyekkan buah tomato yang ranum kemerahan dan gosokkan di wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan selalu.



Petua Menggebukan Wajah 2:

Goreng beras pulut tanpa minyak hinggan bertukar warna menjadi kuning.

Kisar beras tersebut hingga halus. Kemudian

Monday 9 December 2013

Petua Memutihkan Gigi




Petua Memutihkan Gigi

Mahukan gigi putih dan cantik berseri?
Cubalah petua ini.
Ambil 1 sudu bikarbonat soda dan letakkan ke dalam piring.
Perah sebiji limau nipis atau lemon ke atas bikarbonat soda itu.
Gabungan kedua-dua bahan tersebut akan bertindakbalas.
Ambil berus gigi dan gaul-gaulkan sebatian tersebut dan terus gunakan untuk memberus gigi.
Amalkan sekali sahaja dalammasa seminggu.

Saturday 30 November 2013

Petua Merawat Beguk






Campurkan sedikit nila dan cuka ke dalam satu bekas.

Lumurkan pada bahagian yang bengkak (beguk). Biarkan sehingga kering. 

Buat sehingga bengkak surut. Ambil masa beberapa hari.

Monday 18 November 2013

PETUA UNTUK WANITA KEKAL DARA.



Dr. Fatimah Az-Zahra.
telah menurunkan petua untuk kaum wanita menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat di bawah ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya: 
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
 Sama-sama kita amalkan wahai para wanita solehah.

Petua Untuk Melambatkan Penuaan

1.Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.
 
2. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
 
3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
 
4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
 
5. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
 

Petua Untuk Mempunyai Bentuk Badan Yang Menarik.

1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali.


2. Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3. Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4. Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.

5. Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.

6. Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.

7. Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.

8. Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.

9. Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.
 
 

Saturday 16 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGEMPISKAN PERUT.

Ramai di antara kita semua mengalami perut yang buncit. Pelbagai kaedah dilakukan samada kaedah tradisional ataupun rawatan di hospital. 

Di bawah disertakan petua tradisional bagaimana untuk mengempiskan perut anda.
 
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Campurkan kedua-duanya hingga sebati lalu disapu pada perut. Selepas itu ikat perut anda seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, Cuba anda amalkan setiap malam. 

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Biarkan dan embunkan semalaman. Esok paginya anda minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHALUSKAN KULIT.

Assalamualaikum....

Hari ini petua-petua tradisional ingin berkongsi dengan anda petua untuk menghaluskan kulit anda. Semua orang inginkan kulit yang cantik dan halus. 

Cara-caranya ialah -

Ambil buah tomato dan dikisar hingga halus. Setelah buah tomato tersebut telah hancur, ambil nya dan lumurkan di muka anda untuk beberapa ketika. 

Setelah di biarkan agak beberapa lama cucilah dengan menggunakan air suam. Buah tomato juga bertindak sebagai pembersih kulit muka anda.

Sebaik-baiknya anda lakukan di waktu malam sebelum anda masuk tidur. Lakukanlah sekerap yang mungkin untuk melihat perubahannya. InsyaAllah anda akan lihat perbezaannnya.


PETUA-PETUA TRADISIONAL MERAWAT GATAL KULIT KEPALA.

Hari ini petua-petua tradisional ingin berkongsi kepada anda tentang masalah gatal di kulit kepala. bagi sesiapa yang mengalami masalah ini bolehlah mencuba petua di bawah.

Ambil daun rambutan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi lebih kurang 3 gelas air dan hancurkannya. Selepas itu ambil perahan 2 biji limau nipis dan kacaukan dengan air daun rambutan tadi hingga sebati

Tapiskan air tersebut dan sapukan hingga rata di atas kepala. Ratakannya hingga air tadi menyerap ke seluruh kulit kepala anda. Cuba amalkannya sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

InsyaAllah gatal di kulit kepala anda akan hilang.

Saturday 9 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN BIBIR.

Mempunyai bibir yang cantik amat dicari oleh semua orang. Disini antara petua-petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mempunyai bibir yang cantik.

1) Memberus bibir selepas memberus gigi anda.

2) Menyapukan madu ke bibir anda sebelum tidur.

3) Menyapu marjerin atau mentega ke bibir anda. Lakukan setiap hari.

4) Sapukan jus halia ke bibir anda.

5) Sapukan kuning telur ke bibir anda sebelum masuk tidur.

6) Minum air secukupnya seharian.

7) Sapukan ubat gigi ke bibir anda.

PETUA-PETUA TRADISIONAL KEBAIKAN JUS TIMUN SEGAR.

Timun memang sedap jika dijadikan ulam semasa makan nasi. Timun mengandungi protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Jus timun amat baik kepada kesihatan kita jikalau di amalkan. Berikut adalah kebaikannya.

1) Melegakan pening dan loya.

2) Mampu menurunkan demam dalam masa yang singkat.

3) Mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGILATKAN KUKU.

Semua orang ingin memiliki kuku yang cantik dan berkilat. Petua-petua tradisional menyediakan satu petua untuk mengilatkan dan mencantikkan kuku anda.

Ambil bawang putih kupas kulitnya dan belah dua. Sapukan bahagian tengah bawang itu yang telah dibelah itu ke permukaan kuku. Gosok sekali sekala dan anda akan lihat perbezaannya.

Friday 8 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN

Pelbagai cara dilakukan bagi seseorang yang ingin menurunkan berat badan. Petua-petua tradisional menyediakan cara-cara tradisional yang murah dan berkesan untuk anda amalkan.

Ambil dua biji limau nipis atau limau kasturi dan perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejukdan masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Amalkannya setiap hari selama sebulan. Kaedah ini tidak memadai jika anda tidak turut melakukan senaman ringan. Lakukan senaman ringan setiap hari bagi membantu menurunkan berat badan anda.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BULU KAKI.

1.Petua-petua tradisional menghilangkan bulu kaki dengan menggunakan gula.
Ambil tiga senduk gula pasir, 1/4 gelas perasan perahan limau, dan 1/4 gelas air. Panaskan campuran bahan-bahan tersebut dengan api kecil hingga menjadi seperti cecair. Dalam keadaan suam-suam sapukan kebahagian kaki yang berbulu. Lalu lekatkan kain kasa, tekan kain kasa tersebut dan tarik kearah berlawanan tumbuhnya bulu dengan cepat dan pantas. Anda akan dapati bulu-bulu di kulit anda akan ditarik keluar secara sempurna.

2. Petua-petua tradisional menghilangkan bulu kaki dengan putih telur
Caranya campur 1 senduk gula, setengah senduk tepung jagung dan satu putih telur. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan sapukan pada kaki atau tangan yang berbulu. Setelah kering kupikkan lapisan putih telur dari kulit anda seperti anda mengupas kulit telur. Secara tidak langsung bulu-bulu di kulit anda akan dibawa keluar putih telur tadi.

3. Petua-petua tradisional menghilangkan bulu kaki dengan merica dan kapur barus
Caranya tumbuk merica dan kapur barus sampai halus. Tambahkan beberapa titik minyak tanah lalu campur hingga rata. Sapukan ramuan tadi keseluruh permukaan kulit yang akan di buang bulunya. Biarkan selama 1 jam sebelum kemudian anda cuci bersih. Lakukannya ini setiap tiga hari sekali, di jamin bulu-bulu di kaki anda akan tertanggal dengan sendirinya.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCERAHKAN KULIT BADAN.

Petua-petua tradisional menyediakan satu petua untuk mencerahkan kulit badan anda.

Cara-caranya adalah ambil beras dan gorengkannya tanpa menggunakan minyak sehingga agak keperangan. Selepas itu anda kisarkannya sehingga menjadi halus. Kisarkannya sehingga benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti. 

Ambil beras yang dikisar tadi dan campurkannya dengan sedikit air sahaja. Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan hingga kering pada kulit, Beras ini sekadar untuk dijadikan scrub. 

Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut,

Wednesday 6 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK PERAWAN @ ANAK DARA.

Banyak petua-petua tradisional untuk anak dara yang baik untuk diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua tradisional yang boleh diamalkan oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua tradisional berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan
tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan anda.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam
jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan
mengendurkan payudara anda.




SUMBER ------ http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=2031.0

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN PAYUDARA.

Semua wanita inginkan payudara mereka sentiasa kelihatan cantik,segar dan sihat. Payudara yang cantik,segar dan sihat akan menjadikan suami sentiasa bangga dengan isteri mereka. Cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.

Petua 1
Ambil dua sudu minyak sapi dan panaskan kemudian biarkan seketika untuk menyejukkannya. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Ambil tuala dan basahkan dengan air suam. Lap payudara anda sehingga bersih.

Petua 2
Ambil sepuluh ulas bawang merah tumbukkannya sehingga menjadi halus. Sapukan disekitar payudara anda, Ketika menyapunya anda diingatkan supaya tidak terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK KEKAL LANGSING.

Ramai antara wanita yang ingin sentiasa langsing dan mengelakkan dari masalah kegemukan. Faktor pertama adalah makan makanan yang banyak mengandungi gula dan lemak. Di samping itu juga kurangnya bersenam adalah salah satu faktor obesiti.

Petua-petua tradisional ingin berkongsi petua untuk sentiasa kelihatan langsing.

A) Pertama ialah mengubah cara pemakanan yang mejadi amalan seharian kepada satu amalan yang baru iaitu

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan
ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan seperti nasi dan makanan-makanan yang berat, ambil sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam pada sekitar jam 700 malam.

4. Jangan makan makanan-makanan yang berat seperti nasi selepas jam 9 malam.

5. Amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg telah dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Minumlah selepas bangun pagi, tengahari dan sebelum masuk tidur.

Monday 28 October 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGATASI PENING KEPALA AKIBAT TERKENA HUJAN.

Jika anda selalu pening kepala akibat terkena hujan anda bolehlah mencuba beberapa petua di bawah ini.

Apabila kepala anda terkena hujan anda terus mengambil air biasa dan basahkan ubun-ubun anda dengan segera. Ataupun anda boleh juga terus mandi seperti biasa. 

InsyaAllah rasa pening kepala anda akan hilang dalam waktu yang singkat.

PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK KULIT TANGAN MENGELUPAS.

Apabila anda selalu menggunakan sabun untuk membasuh pinggan kulit tangan anda akan mengelupas. Ini mungkin kerana sabun yang digunakan tidak sesuai dengan kulit anda.

Caranya ialah dengan menggunakan belimbing buluh. Ambil belimbing buluh tersebut dan gosokkan di serata tapak tangan anda. Anda boleh juga menggunakan inai pada bahagian yang mengelupas tadi.

InsyaAllah...

PETUA MENGHILANGKAN LEBAM DI BAWAH MATA.

Lebam di bawah mata akan menyebabkan seseorang itu akan nampak tidak bermaya dan wajah kelihatan seperti tidak berseri.

Cubalah amalkan petua-petua tradisional di bawah ini.

1) Ambil perahan jus lemon dan sedikit air suam. Cuba sapukan ke bahagian mata yang lebam itu. Lakukan 2 kali sehari.

2) Ambil uncang teh yang telah di pakai dan simpankan ke dalam peti sejuk selama 10-20 minit. Keluarkan dari peti sejuk dan letakkan ke bahagian mata yang lebam itu selama 15-30 minit. Lakukannya sebelum dan selepas bangun tidur.

3) Ambil sedikit air sejuk terutama yang baru dikeluarkan dari peti sejuk dan sapukan ke bahgian mata yang lebam. Lakukan selepas bangun dari tidur.

InsyaAllah cubalah anda amalkan.

Wednesday 23 October 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BAU ASAP ROKOK.

Google Image
Bau asap rokok amat memeningkan kepala di dalam rumah. Juga akan menyebabkan seluruh rumah akan berbau asap rokok termasuk baju sekali. Cubalah petua-petua tradisional di bawah untuk menghilangkannya.

1) HAMPAS KOPI.

Ambil hampas atau serbuk kopi yang telah digunakan dan letakkan ke dalam bekas habuk rokok. Puntung rokok akan bertindak balas dengan habuk rokok di dalamnya. Secara tidak langsung bau asap rokok akan hilang dan digantikan dengan bau kopi.

2) LILIN.

Nyalakan bebrapa batang lilin di tempat yang berbau asap rokok. InsyaAllah bau asap rokok akan hilang apabila dinyalakan lilin tersebut.

SELAMAT MENCUBA.

MENGHILANGKAN GATAL DI KEMALUAN WANITA.

Google Image




Sesetengah wanita mengalami kegatalan di bahagian alat kelamin mereka dan mereka juga malu untuk berjumpa dengan pakar perubatan. Petua-petua tradisional menyediakan beberapa petua untuk mengatasi masalah ini.


Ambil beberapa helai daun sirih yang segar dan rebuskannya. Minum air rebusan tersebut sebanyak 2 gelas setiap hari. Ambil segelas lagi untuk membasuh kemaluan setiap kali selepas membuang air kecil. Cuba amalkan selama 2 minggu dan InsyaAllah akan lihat hasilnya.

Klik aje dapat duit...

Assalamualaikum... Hari nie topik lari sikit yer. Sesiapa yang ingin menjana pendapatan sampingan boleh la cuba program di bawah ni.

Terbaru iklan PPC di Malaysia. Ini merupakan PPC yang terbaik untuk kita semua. Mari kita cuba menjana PPC iklansticky.com nie dengan segera. Kojo sonang jo pelawat klik akan dapat duit. Program nie memang akan di bayar so jangan risau la bro. Hehehe...

Tak Susah pun KLIK ajer...
CONTOH KOMISYEN.
 
* Minimum kelayakkan cash-out adalah 100 klik atau bersamaa RM15.00. Klik yang kurang dari 99 dibenar bawah ke bulan berikut dan berkumpul sehingga kelayakkan tercapai . ** Maksimum pay-out untuk sesorang agen adalah RM250.00 per bulan.





















              -------------------- DAFTAR FREE JE KAT SINI -------------------






















































Monday 21 October 2013

PETUA MELUNAKKAN DAN MENYEDAPKAN SUARA.

Gula Batu
1) Ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam dan dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. 

Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

2) Ambil secawan air dan biarkan dari malam hingga ke pagi. Pada keesokan paginya minum air itu sebelum menggosok gigi ataupun membasuh muka.

InsyaAllah suara anda akan lunak dan sedap telinga mendengar.

PETUA MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

Pokok Mahkota Dewa




Darah tinggi adalah antara penyakit yang ramai dihidapi oleh orang di Malaysia ini. Terdapat beberapa petua tradisional di bawah ini untuk dicubakan bersama.


1) Meminum air rebusan taugeh.

2) Ambil beberapa helai daun pandan wangi dan rebuskan bersamaan dengan 2 gelas air. Biarkan seketika sehingga menjadi setengah gelas sahaja.

3) Memakan peria katak.

4) Amalkan memakan 3 ulas bawang putih.

5) Meminum air campuran bunga cengkih dan kulit kayu manis.

6) Meminum air misai kucing.

7) Meminum air Mahkota Dewa.

InsyaAllah cuba amalkan petua-petua tradisional di atas.

Thursday 17 October 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGUBATI SAKIT GASTRIK



Mungkin ramai di antara kita mengalami sakit perut ataupun gastrik. Cubalah amalkan petua-petua tradisional di bawah ini.

Ambil 2 @ 3 titik getah betik muda dan campurkan dengan segelas air panas. Biarkan seketika sehingga suam dan terus minum. Cuba amalkan seminggu sehingga ke 2 minggu. Insyaallah perut anda akan selesa dari gastrik.

PERINGATAN!! MINUM SELEPAS ANDA TELAH BERSARAPAN PAGI.


PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN JERAWAT HALUS

Google Image


Jerawat-jerawat yang halus akan menyebabkan muka kita kelihatan kasar dan bergerutu. Cubalah amalkan petua-petua tradisional di bawah ini.

1) Ambil 2 sudu tepung ubi.

2) Air asam jawa.

Campurkan tepung ubi bersama air asam jawa. Gaulkan sehingga sebati sehingga pekat dan jangan terlalu cair. Biarkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang setengah jam. Keluarkan dan sapu di muka seperti mask ataupun topeng.

Insyaallah...

Wednesday 16 October 2013

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA.

Google Image




Letakkan kedua-dua tapak tangan anda ke bahagian kepala anda yang sakit sambil membaca :


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 


2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 


4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 


5. Baca Surah An-Nas (1kali) 


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

PETUA AWET MUDA

Google Image
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.


SUMBER ---- HarakahDaily.net

Monday 7 October 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MELEBATKAN DAN MEMANJANGKAN BULU MATA.


Jika kita melihat seseorang yang memiliki bulu mata yang cantik dan panjang melentik mesti kita tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikannya begitu. Petua-petua tradisional menyediakan satu cara atau tips untuk mencantikkannya.

Cuba anda ambil daun lidah buaya dan patahkannya hingga keluar lendirnya. Ambil pula tangkai daun sirih dan celupkannya ke dalam lendir daun lidah buaya tersebut. Sapukannya ke bulu mata anda. Cuba lakukannya setiap pagi.

Manakala untuk membuat celak mata, bakar kurma kering hingga menjadi hangus atau rentung. Setelah anda tumbuk kurma tersebut hingga menjadi halus dan hancur. Kemudian bolehlah digunakan sebagai celak.

Insyaallah petua ini dapat membuat bulu mata anda cantik dan menawan.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN KEDUT MUKA.

Apabila usia semakin meningkat, semua orang akan merasakan kedutan di muka akan bertambah. Ini akan menampakkan seseorang kelihatan di mamah usia. Petua-petua tradisional menyediakan petua menghilangkan kedutan di muka dengan cara tradisional dan semulajadi.

Bahan pertama ialah lobak merah dan anda harus memarutkannya hingga hancur. Ambil sebiji kuning telur dan satu sudu tepung jagung dan gaulkan kesemua bahan hingga sekata atau sebati.

Letakkan bahan-bahan tersebut ke bahagian muka anda yang berkedut itu. Setelah itu biarkan seketika lebih kurang 30 minit ke 40 minit di bahagian berkedut itu. Sesudah itu barulah dibasuh muka anda menggunakan air yang bersih.

Insyaallah petua ini akan dapat mengurangkan kedutan muka anda. Mungkin orang akan nampak muka anda seperti 20an walaupun umur anda mencecah 50an. Hehehe...

PETUA-PETUA TRADISIONAL MELEGAKAN BAYI YANG BATUK.


Bayi yang masih kecil apabila batuk akan menyukarkannya bernafas dan minum susu. Apabila waktu malam bayi akan merengek kerana ketidakselesaan akibat batuk.

Cuba amalkan petua tardisional di bawah ini untuk mengurangkan batuk pada bayi.

Ambil 3 keping asam keping dan juga kulit bawang putih. Selepas itu bakar kedua-dua bahan tersebut di atas api. Peringatan janganlah dibakar di atas api yang besar kerana dikhuatiri akan hangus pula kulit bawang putih tue.

Setelah itu ambil sedikit minyak masak dan di campurkan dengan bahan-bahan yang telah di bakar tersebut. Gaul hingga sama rata dan sapukan ke bahagian dada bayi secara perlahan-lahan.

InsyaAllah batuk pada bayi anda akan berkurangan.

Saturday 5 October 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGATASI KAKI SEMUT-SEMUT.

Semut-semut ialah kebas-kebas yang sering terjadi di bahagian kaki ataupun tangan.

Jika anda ingin mengatasinya dengan segera cuba ambil sehelai kertas dan gulungkannya dengan gulungan yang kecil dan selitkannya di celah-celah di antara ibu jari atau jari telunjuk.

Lakukan ini pada bahagian yang kebas-kebas itu samada di kaki atau tangan. Biarkan seketika sehingga rasa kebas-kebas atau semut-semut itu beransur pulih.

Insyaallah.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGUBATI SAKIT GIGI.

Sakit gigi amat menyeksakan dan boleh menyebabkan keadaan emosi yang tidak menentu. Malah seseorang yang sakit gigi akan sentiasa marah apabila sakit gigi yang teramat sangat dan berdenyut-denyut.

Anda boleh mencuba petua tradisional di bawah untuk menghilangkan sakitnya. Ambil bunga cengkih 5@6 biji dan direbus bersama-sama sedikit garam.

Biarkan seketika sehingga sejuk dan cuba kumur-kumurkan untuk beberapa ketika. Amalkan sehingga kesakitan gigi anda hilang. Insyaallah..

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGUBATI PECAH-PECAH DI DALAM MULUT.

Apabila seseorang kurang minum air tambahan pula keadaan cuaca yang panas akan mengakibatkan kerap berlaku pecah-pecah di dalam mulut.

Anda boleh cuba mengamalkan petua-petua tradisional ini dengan mengambil getah daun senduduk.

Gosokkan getah daun senduduk tersebut ke bahagian yang sakit serta merta. Pecah-pecah di dalam mulut akan hilang jika anda amalkan selalu. InsyaAllah.

Friday 4 October 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHAPUSKAN MINYAK DI MUKA.

Ambil sedikit madu lebah yang telah di campur dengan perahan air limau purut atau asam gelugor. Sapukan bahan ini rata-rata ke wajah dan biarkan seketika sehingga kering.

Selepas itu basuh muka dengan air bersih. Insyaallah muka anda tidak akan berminyak lagi malah akan bertambah lembut dan licin.

PETUA-PETUA TRADISIONAL PEWANGI BADAN.

Ambil 9 batang serai wangi, 7 helai daun limau nipis dan secekak bunga tanjung. Didihkan seperiuk kecil air. Masukkan kedua-dua bunga tanjung dan serai wangi ke dalam periuk. Sebeblum itu bahan-bahan itu hendaklah di potong lebih kurang sejengkal.

Biarkan baha-bahan itu sebentar dan kemudian barulah masukkan daun limau nipis. Selepas itu biarkan selama 5 minit dan tambahkan air dimasak itu sehingga 3 kali ganda dari sebelumnya.

Air ini digunakan untuk mandian pada waktu pagi sahaja. Lakukan selama 2 bulan. Hasilnya anda akan dapati kulit anda akan lebih putih, licin dan berseri-seri.

InsyaAllah anda cuba amalkan.

Monday 30 September 2013

Petua Merawat Rabun Mata




Petua Merawat Rabun Mata

Cubalah salah satu atau kedua-dua cara di bawah:



1) Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.



2) Setiap kali memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.







Friday 27 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN SAKIT SENGAL-SENGAL BADAN.



Rasa sengal-sengal badan kadangkala merimaskan dan menjadikan anda tidak bermaya dan lesu. Cubalah amalkan petua-petua tradisional di bawah.

Ambil batang pokok bakawali dan potong-potong kira-kira 6 atau 10 inci. Tumbuk sehingga halus dan letakkan ke bahagian badan yang mengalami sengal-sengal. Setelak meletakkannya, balutkan dengan kain. Insyaallah sengal-sengal badan anda akan hilang.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHIILANGKAN SAKIT BATU KARANG.


Penyakit batu karang adalah penyakit yang menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kesakitan yang dialami adalah disebabkan berlakunya luka di saluran air kencing.

Petua -petua tradisional menyarankan supaya mencuba petua ini untuk menjauhinya. Ambil minum air yang telah dicampur dengan sedikit air mata kucing setiap 2 kali seminggu.

Begitu juga ketika anda tidur, hendaklah membalik-balikkan badan anda ketika tidur. Anda juga dilarang sama sekali cuba menahan dari membuang air kecil. Insyaallah dengan petua-petua tradisional ini dapat menjauhkan anda dari penyakit batu karang.

Akhir sekali bertawakkal lah kepada Allah dan memohon doa supaya di beri kesihatan yang baik.


Monday 23 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BISUL.

Penyakit bisul yang telah membesar amat menyakitkan. Cubalah petua-petua tradisional di bawah.

KAPAS DAN CUKA.

Ambil sedikit cuka makan dan secebis kapas bersih. Celupkan kapas ke dalam cuka dan biarkan sehingga cuka tersebut meresap ke seluruh kapas tersebut. Sapukan di sekeliling bisul tersebut dan lakukan setiap malam.

GETAH POKOK SAGU.

Ambil dahan pokok sagu yang telah dipotong dan ambil getahnya dan sapu di sekeliling bisul dengan cermat. Ini dapat menghalang bisul dan mencegah kesakitannya.

KHASIAT DAUN KELEDEK.

Ambil beberapa helai daun keledek basuh hingga bersih dan tumbuk hingga lumat. Tampalkan di sekeliling bisul kecuali mata bisul. Bisul akan pecah pada hari berikutnya. InsyaAllah...

RAHSIA DAUN SIRIH.

Ambil beberapa helai daun sirih kunyat hingga lumat. Ambil hampasnya dan sapukan letakkan ke mata bisul. Lakukan beberapa kali sehari hingga bisul itu akan pecah dengan sendirinya. Setelah pecah bersihkan darah dan nanahnya dan sapukan serbuk arang dari tempurung kelapa. Cara ini akan cepat sembuh dan tiada parut.


Thursday 19 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN KULIT WAJAH.

1) Ambil sebiji timun dan hancurkannya denagn tepung ubi dengan yang secukupnya sehingga sebati (jangan terlau cair). Selepas itu bolehlah disapu di muka dan biarkan ia kering. Basuhlah seperti biasa selepas itu dengan air bersih. Ini akan menegangkan kulit muka dan menjadikannya segar sentiasa. InsyaAllah.

2) Titikkan beberapa air limau nipis ke dalam bedak sejuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Muka anda berasa pedih sedikit ketika meletakkannya. Cuba amalkan petua ini dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.


PETUA-PETUA TRADISIONAL MEMELIHARA ALAT KELAMIN WANITA.

1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah saluran yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon, mereka perlu ingat untuk menukarnya.

3. Elak daripada sering mengamalkan “douching” iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria “lactobacilli” dari faraj, di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan menyabun atau menyapu “shower gel” pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

6. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

7. Elakkan memakai pakaian dalam synthetic yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan. Elok memakai “panty liner” supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.


SUMBER ----- http://petuamalaya.blogspot.com/2012/12/petua-menjaga-alat-kelamin-wanita.html

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN BENTUK MUKA.

1. Lakukan senaman muka anda setiap pagi,petang dan malam dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Semasa lakukan ini anda hendaklah berada di hadapan cermin.


2. Menepuk dagu menggunakan belakang tangan anda setiap pagi/petang/malam sebanyak 40 kali dan mengadap cermin. Ini bertujuan untuk mengelakkan dagu berlapis.

3. Setiap pagi letakkan siku di atas lutut anda sementara tapak tangan anda menupang dagu anda..Ini dinamakan berteleku di tepi katil. Lakukan ini selama 10 minit.

4. Tundukkan kepala sambil menadah muka dengan telapak tangan sambil siku di atas lutut anda.(penuhkan muka dengan telapak tangan)Lakukan ini selama 10 minit bertujuan untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.

Tuesday 17 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BAU NAFAS DAN MULUT.

Anda mungkin pernah mengalami bau mulut dan nafas anda berbau. Perbualan anda akan menjadi terbatas sewaktu bersama teman-teman anda. Cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.

SIRIH
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka antum gunakanlahnya untuk atasi bau yang tidak enak di mulut. Caranya :~
a)      Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.
b)      Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Antum amalkan setiap hari.
.
.
SERAI WANGI DAN KULIT LIMAU KASTURI
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Antum tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian antum jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
.
.
DAUN JAMBU BATU
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Antum tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
.
.
CENGKIH
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
.
.

MENGHISAP KULIT KAYU MANIS  

Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.

Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika antum menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.
.
.
BUNGA LAWANG
Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh antum gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.
.
.
ASAM JAWA DAN GULA MERAH
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Antum bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan antum.
.
.
HAMPAS KELAPA YANG DIGORENG
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian antum ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, antum amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.
.
.
TEH HIJAU DAN DAUN PUDINA.
Cara lain yang mungkin boleh antum lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.

Posted by; shafiqolbu
SUMBER ----- http://shafiqolbu.wordpress.com/