Monday 31 March 2014

Petua Melicinkan Betis






Petua Melicinkan Betis 1

Belah dua limau nipis dan gosok pada betis sehingga kering. Anda akan rasa sedikit pedih. Biarkan lima minit dan kemudia bilas dengan air suam.



Petua Melicinkan Betis 2

Sapukan getah timun pada betis. Biarkan hingga kering. Ambil tuala basah yang direndam dalam air garam dan lap pada betis. Lakukan setiap hari.


Cara-Cara Menghilangkan Jeragat.

Ramai diantara kita semua mengalami jeragat hitam di muka. Secara tidak langsung muka anda akan kelihatan tidak bermaya dan tidak bersih. Dibawah ini ditunjukkan beberapa petua tradisional untuk menghilangkan jeragat di muka anda.

Petua hilangkan jeragat 1:

Anda ambil beras dalam segenggam. Rendam beras tersebut di dalam air lebih kurang sejam lamanya. Buangkan airnya dan tumbuk beras tersebut dengan kunyit hidup. Besar kunyit tersebut lebih kurang 1 cm sahaja. Ambil sebiji limau nipis yang telah diperah airnya dan sebiji putih telur. Hanya ambil jus perahan limau itu sahaja untuk dicampurkan dengan putih telur. Gaulkan semua bahan tersebut dan jadikannya masker. Selepas itu cuci muka anda dengan air suam yang bersih setelah masker anda kering. InshaAllah jeragat anda akan hilang sepenuhnya.

Petua hilangkan jeragat 2:
Ambil 1 sudu susu tepung dan gaulkannya dengan perahan limau nipis sehingga ia membentuk paste. selepas itu sapukannya ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan menggunakan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit muka anda. Cubalah lakukan sekerap mungkin. Insha Allah akan berkesan.
Admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku kepada anda.

Monday 24 March 2014

Sunday 23 March 2014

Buah Anggur (Vitis Vinifera) Vs Kismis


Khasiat Anggur sangatlah banyak dan ia juga terkenal mengandung serat dan antioksidan yang tinggi Bermanfaat bagi tubuh sebagai sumber energi dan mencegah radikal bebas dari polusi udara.

Bermacam jenis buah anggur ni...namun kita juga mengetahui  bahawa Buah Anggur mengandungi  Vitamin
  • vitamin C
  • vitamin E
  • vitamin A
  • vitamin B (thiamin)
  • vitamin K (kalium)
  • 100gram buah anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori
  • Anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral, bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji
  • Semua vitamin tersebut sangat besar fungsinya bagi pertahanan tubuh manusia





  • Buah Anggur untuk Organ Pankreas dan Diabetes
    Makanan sehat untuk pankreas juga akan membantu mengurangi kadar gula darah yang tinggi. Jadi anggur hitam juga bermanfaat bagi kesehatan penderita diabetes.

    Buah Anggur untuk Penyakit jantung.
    Buah anggur sangat baik, untuk penderita penyakit jantung, sebab Tingkat oksida nitrat dalam darah akan meningkat ketika Anda mengonsumsi buah anggur, yang bermanfaat untuk mencegah pembekuan dan mengurangi risiko penyakit jantung. Antioksidannya juga dapat menghentikan oksidasi kolesterol LDL yang menghambat pembuluh darah.

     Buah Anggur untuk Gangguan ginjal
    Manfaat buah anggur dapat membantu menyingkirkan asam berlebih pada fungsi ginjal anda. Dengan demikian bisa mengurangi gangguan yang terjadi pada sistem tekanan ginjal.

     Buah Anggur untuk Pencernaan
    Selama ini mungkin anda kerap kali mengalami gangguan pencernakan, seperti perut kembung, sembelit, sering buang air besar, dengan mengonsumsi anggur masalah perut dan pencernaan akan teratasi, sebab buah anggur mengandung asam organik, gula, selulosa yang dikenal sebagai pencahar yang bagus.

     

      
     Buah Anggur untuk Kelelahan
    Anda banyak berakvitias, kelelahan merupakan sebuah ujung dari sebuah aktifitas, kelelahan bisa diatasi dengan istirahat yang cukup, jus buah anggur akan membantu anda dalam mengusir kelelahan, sebab jus sebagai minuman instan yang bisa kapan saja dibuat dan dibeli, sangat efektif mengusir lelah karena jus anggur sangat kaya kan zat besi.

     Buah Anggur untuk Migrain
    Migrain merupakan penyakit yang terjadi dan sering menyerang pada kepala bagian sebelah (sakit kepala sebelah). Nah jika anda mengalami hal yang demikian dengan minum jus anggur tanpa tambahan air alias jus murni disetiap pagi hari akan membantu penyembuhan migrain secara alami.

    Buah Anggur untuk Asma
    Cuaca dingin, alergi debu merupakan  faktor yang sering terjadi dan sebagai pemicu terjadinya serangan asma. Sama kerap kali menyerang disebabkan karena tenjadinya penyempitan pada saluran pernafasan. Buah anggur merupakan soluli terbaik untuk mengatasi masalah asma atau sesak nafas, mengapa demikian ? sebab anggur mempunyai kekuatan assimilatory yang berfungsi meningkatkan kadar air dalam paru-paru.

     Buah Anggur Kanser Payudaya
     Buah anggur yang berwarna unggu boleh  mencegah kanser payudara dan mengurangi masa tumor payudara.

    Buah Anggur untuk Antibakteri
    Buah Anggur merah ternyata memiliki kandungan antibakterial dan antivirus yang cukup kuat, sehingga jika sering mengkonsumsi buah ini boleh melindungi tubuh dari infeksi berbahaya.

     Buah Anggur  Kering
    Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan.Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

    Nama-nama bagi kismis:
    Inggeris –> Grape seed / Raisin
    Arab –> Zabib
    Melayu –> Kismis
    Saintifik/latin –> Vitis vinifera


    Friday 21 March 2014

    Petua Tahan Lama Dan Kepuasan Ketika Berjimak (Wanita Yang Sudah Bersuami Sahaja)

    http://petuo.blogspot.com/2014/03/petua-tahan-lama-ketika-berjimak-wanita.html
    Halia
    Petua Tahan Lama Ketika Berjimak (Wanita Sahaja)

    Ramai wanita inginkan kepuasan ketika bersama suami tak kira samada kepuasan berupa kemewahan harta benda ataupun semasa berjimak. Jika anda inginkan petua tahan lama ketika berjimak bolehlah mencuba petua tradisional di bawah. Tapi jangan terlalu lama yer.....kesian pulak kat suami anda nanti. Hehehe..

    Bahan-bahannya :

    1. Ambil 1 inci halia.
    2. Parut @ kisarkannya dan ambil airnya sahaja.
    3. Sebiji telur ayam kampung (goncang-goncangkannya dahulu)
    4. 1 sudu kicap.
    5. 7 biji lada sulah (hancurkannya dahulu).
    6. 1 biji limau nipis sebaik-baiknya yang besar (diperah dan ambil airnya sahaja).

    Cara-caranya :

    Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kisarkannya dan di kacau hingga sebati. Minumlah air ramuan-ramuan tersebut sebelum anda masuk tidur. Sebaik-baiknya jika anda ingin berjimak bersama suami anda. Cuba anda amalkan 2 kali seminggu sahaja. InsyaAllah anda akan merasakan perbezaannya dan suami anda pasti puas dan bertambahlah kasih sayangnya kepada anda.



    Petua Tradisional Mengharumkan Badan.

    http://petuo.blogspot.com/2014/03/petua-tradisional-mengharumkan-badan.html
    Petua Mengharumkan Badan.

    Semua wanita ingin sentiasa harum dan wangi apatah lagi ketika bersama-sama suami dan rakan-rakan. Jika badan berbau kurang menyenangkan, suami juga akan berasa hambar ketika bersama. Disini petuo tradisional ingin berkongsi bersama anda bagaimana mengharumkan badan anda walaupun seharian anda berada di luar rumah dan sentiasa berpeluh.

    Cara pertama :

    1. Ambil 15 ke 20 helai daun pandan dan kisarkannya hingga berair. 
    2. Tapis dan ambil airnya @ jusnya. Jadikan Jus @ air tapisan itu untuk dijadikan sebagai mandian anda. 
    3. Lebih baik campurkan dengan air bersih untuk mndapatkan kuantiti yang banyak.
    4. Ketika mandi gosokkan ke seluruh badan anda terutamanya di tempat-tempat yang berbau seperti di ketiak dan lain-lain tempat lagi.
    5. Lakukan mandian ini sekali seminggu.

    InsyaAllah badan anda akan berbau harum dan wangi walaupun tanpa menggunakan pewangi badan yang dibeli di kedai-kedai. Suami anda akan sentiasa tersenyum ketika anda berbaring di sebelahnya.





    Thursday 20 March 2014

    Petua Mencantikkan Kening




    Petua Mencantikkan Kening

    Ambil getah dari batang sirih dan sapukan pada kening.Biarkan sehingga kering. Cuci dengan tuala lembab dan urut kening perlahan-lahan mengikut bentuk yang dikehendaki. lakukan 3 kali seminggu selepas mandi.

    Monday 17 March 2014

    Petua Menghilangkan Ketumbit






    Ada ketumbit di mata memang sakit dan agak memalukan.

    Cubalah petua mudah di bawah ini untuk menghilangkan ketumbit.



    Petua Menghilangkan Ketumbit 1:

    Parut sebiji ubi kentang dan bungkus dalam sehelai kain yang nipis. Sapukan bunjut kain itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit dalam keadaan berbaring.



    Petua Menghilangkan Ketumbit 2:
    Gesel 2 batang sudu besi sehingga panas.

    Saturday 15 March 2014

    Petua Lubang Jarum (Wanita Sahaja)

    http://petuo.blogspot.com/2014/03/petua-lubang-jarum-wanita-sahaja.html
    PETUA LUBANG JARUM (WANITA SAHAJA).

    Cuba anda buat latihan lubang jarum dengan melatih otot penahan kencing. Yakni anda buat seperti anda sedang menahan untuk membuang air kecil dengan melakukan kemutan berulang kali,

    Selepas itu anda cuba pula membuat kemutan di dubur seolah-olah anda sedang menahan untuk membuang air besar. Cuba lakukan senaman ini berulang kali.

    Jikalau anda inginkan perbezaan yang ketara sila lakukan senaman dan amalan ini setiap hari. Anda boleh tanyakan kepada suami anda perbezaanya sekiranya senaman ini telah dilakukan setiap hari sekerap yang anda mampu.

    Admin yakin suami anda anda akan merasakan perbezaan yang ketara, merasa bangga dan bertambah kasih sayang nya kepada anda.

    Thursday 13 March 2014

    Petua Bersihkan Ketiak






    Petua Bersihkan Ketiak 1

    Campurkan setengah camca teh kapur sirih dengan perahan dari sebiji limau nipis. Lumurkan pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lihatlah hasilnya selepas seminggu.



    Petua Bersihkan Ketiak 2
    Ambil debu yang terdapat pada buah kundur dan sapukan pada ketiak. Biarkan seketika, jangan dicuci. Lakukan sehingga buluketiak gugur sendiri.

    Wednesday 12 March 2014

    Petua Mengelakkan Muka Menjadi Sembab.

    http://petuo.blogspot.com/2014/03/petua-mengelakkan-muka-menjadi-sembab.html
    Petua Mengelakkan Muka Menjadi Sembab.

    Petua tradisional ingin berkongsi bagaimana untuk mengelakkan muka menjadi sembab dan nampak tidak bermaya. Ramai di antara kita mempunyai muka yang agak sembab dan kelihatan seperti tidak bermaya.

    Cara Pertama :
    • 1/4 camca madu lebah segar.
    • 1/4 camca teh.
    • 1/4 camca minyak zaitun.
    • 1 biji putih telur sahaja.
    • Sebiji limau nipis yang di ambil airnya sahaja.
    • 5 kuntum bunga melor.
    • 5 biji badam yang telah dikupas kulitnya.
    Ambil semua bahan-bahan di atas haruslah dikisar halus. Ratakan ke seluruh muka anda dengan rapi dan biarkan selama 1 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air yang bersih.

    Cara Kedua :
    • Ambil beras 1/2 kg.
    • 3 biji limau nipis yang telah di perah airnya.
    Ambil beras dan basuh dengan bersih. Toskan air pada beras tersebut dan campurkan dengan air perahan limau nipis tadi. Goreng bahan-bahan tersebut tanpa menggunakan minyak dan api yang kecil. Goreng sehingga berubah menjadi hitam. Setelah dibiarkan sejuk teruskan dikisar menjadi halus. Tapis bahan yang telah dikisar tadi. Seterusnya bancuh dengan air (sebaik-baiknya menggunakan air tapisan). Bancuh sehingga pekat. Ratakan dengan perlahan-lahan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

    Cara Ketiga :

    Ambil air kelapa muda 1/2 gelas dan kacau dengan sebiji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengahari. Cuba amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.


    Cubalah petua-petua tradisonal di atas.

    ~~~ Sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencubanya ~~~

    RAHSIA WANITA MENGEKALKAN KECANTIKAN SECARA SEMULA JADI.

    http://petuo.blogspot.com/2014/03/rahsia-wanita-mengekalkan-kecantikan.html
    RAHSIA WANITA MENGEKALKAN KECANTIKAN SECARA SEMULA JADI.


    1. Kecantikan yang sebenar dan asli adalah datangnya dari hati yang bersih. Untuk memperolehi hati yang bersih, ianya datang dari iman yang luhur, tidak dicemari dengan perbuatan-perbuatan yang kotor dari sumber-sumber yang kotor. Hati yang bersih juga datangnya dari seseorang yang mempercayai qada dan qadar.

    2. Menjauhi perbuatan-perbuatan yang buruk seperti 
    • menyampai-nyampaikan perkara-perkara yang buruk.
    • tidak suka menyebarkan fitnah.
    • tidak suka melaga-lagakan sesama manusia.
    • meninggalkan pertelingkahan walaupun dia benar.
    • selalu mengkaji kesalahan diri sendiri.
    • mudah untuk memohon maaf.
    • suka melakukan kebaikan.
    • sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
    • bersangka baik sesama manusia.
    • selalu bersedekah.
    3. Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala yang berlaku mempunyai hikmah yang terselindung di sebaliknya.

    4. Sentiasa menghadapi setiap dugaan dengan hati yang tabah, redha dan ihlas. 

    Walaupun seseorang mempunyai wajah yang cantik di pandangan mata manusia belum tentu mempunyai hati yang bersih. Wanita yang cantik dan beriman mempunyai hati yang bersih akan dipandang cantik dari pandangan manusia dan semestinya oleh Allah s.w.t.


    InshaAllah...






    Monday 10 March 2014

    Petua Hilangkan Bau Peluh




    Petua Hilangkan Bau Peluh 1
    Jemur segenggam biji buah delima sehingga kering. Tumbuk hingga lumat dan halus. Sapukan pada bahagian badan yang berbau peluh seperti memakai bedak.

    Petua Hilangkan Bau Peluh 2
    Ambil segenggam daun jambu batu dan beberapa helai daun limau nipis. Bersihkan dan tumbuk hingga halus. Gunakan untuk sental badan sebelum mandi. Setelah sental, biarkan beberapaminit

    Saturday 8 March 2014

    Petua Tradisional Memutihkan Gigi.

    Assalamualaikum...

    Hari ini petua tradisional ingin berkongsi bagaimana memutihkan gigi anda dengan menggunakan petua-petua tradisional orang-orang lama dahulu.

    1- Petua tradisional memutihkan gigi menggunakan arang.

    Ambil arang kayu dan tumbuk sehingga hancur. Gunakan arang itu untuk menggosok gigi anda setiap pagi sebeblum menggosok menggunakan Colgate atau sebagainya.

    2- Petua tradisional memutihkan gigi dengan menggunakan asam jawa.

    Ambil beberapa biji asam jawa dan gorengkannya. PERINGATAN! Goreng biji asam jawa tersebut TANPA menggunakan minyak. Biarkan sejuk seketika dan tumbuk sehingga hancur. Lepas tue bolehlah menggosok gigi anda dengan menggunakan serbuk biji asam jawa tersebut. Cara menggosoknya sama seperti anda menggunakan serbuk arang.

    3- Petua tradisional memutihkan gigi menggunakan kulit jeruk.

    Ambil kulit jeruk yang masih segar. Gosokkan kulit jeruk tersebut ke gigi anda. Kulit jeruk tersebut mampu menanggalkan karat-karat yang terlekat pada gigi anda.

    4- Petua tradisional memutihkan gigi dengan menggunakan garam.

    Ambil secebis garam dan campurkan dengan ubat gigi anda. Gosoklah gigi anda seperi biasa.


    Wednesday 5 March 2014

    Demi Cantik - Sanggup Apa Saja

     Tafsir Cantik itu sangat luas. Bukan hanya tertumpu pada cantik di wajah. mulusnya kulit wajah, putihnya kulit, tebal nya make up.....Ini semua belum menjamin  untuk dikatakan cantik.....
    Tergantung kepada sesaorang itu untuk mentaksirkan nya......
    Kecantikan yang total sebenarnya  merangkumi kemanisan wajah bila memandang , budi pekerti yang bagus. kelembutan pertuturan dan bersopan santun di mata orang tua.
    Oleh kerana kurang faham cantik itu bagaimana ....
    Penumpuan hanya bersekitar bagaimana untuk mencantikkan wajah ?...
    Sanggup berbuat apa saja untuk cantik...
    Atas faktor ini , maka banyaklah syarikat yang menawarkan produk kecantikan .Oleh kerana tertawan dengan iklan , tidak  membuat kajian hanya terikut ikut . akhibatnya memberi padah  pada diri
     

    Salah satu bahan Berbahaya dalam kosmetik   ia dikenali sebagai Merkuri....
    Merkuri adalah bahan logam berat yang boleh meresap melalui kulit dan boleh merosakkan fungsi hati dan buah pinggang,Ini adalah  salah satu faktor kenapa orang sekarang mendapat banyak penyakit kronik dalam usia yang masih muda.

    Bahan ini dapat di lihat pada krim  yang digunakan ...
    Biasanya agak berkilat atau berkilau (blink)....
    Bila pakai di pipi akan nampak berkilat'
    Bila berhenti menggunakan Kulit akan menjadi kusam atau hitam yang teruk daripada sebelum memakainya.

    Bagaimana kita ingin mengetahui krim kita ini  patut ditinggalkan ;
    1) Bila kita lihat krim itu susah untuk di ratakan
    2) Bila terlihat ada lapisan minyak  diatas krim
    3) Bila dipakai kulit putih/ cerah segera ( seminggu)
    4) Bila di lihat putih  nya lain  macam, perhatikan kulit tangan dan leher pengguna
    5) Bila baunya agak kuat/ menyenggat ...atau bau wangi  yang tak asli
    6) Instict- bau tak sekata kerana mungkin di campur dengan pewangi/perfumes

    Tuesday 4 March 2014

    Monday 3 March 2014

    Petua Membersihkan Barangan Kemas




    Barang kemas anda kelihatan tidak berseri seperti asal?
    Naikkan serinya semula. Cubalah petua di bawah ini.


    Petua Membersihkan Barangan Kemas 1

    Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.


    Petua Membersihkan Barangan Kemas 2

    Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas dan

    Petua Tradisional Memulih dan Menyempitkan Faraj.

    Biji Manjakani
    Biji Manjakani
    Petua Tradisional 1.
    Petua bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan. 

    Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas di dalam mangkuk tersebut. Kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda. Lakukannnya selama 2 minit. 

    Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

    Petua Tradisional 2.
     

    2 biji kulit pisang muda
    3 helai daun sireh bertemu urat
    1 biji kulit pinang,
    Gambir sebanyak 3 keping
    Sedikit kapur sireh.
     

    Tumbuk sehingga lumat ramuan-ramuan diatas. Kemudian rendamkan ramuan-ramuan tersebut dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.

    Petua 3
    untuk mengetatkan faraj,

    Ambil biji manjakani dan rebuskannya. Air rebusan tersebut akan dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

    Petua Tradisional Supaya Mata Bersinar.

    http://petuo.blogspot.com/2014/03/petua-tradisional-supaya-mata-bersinar.html
    Bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Ini menunjukkan bahawa memiliki mata yang cantik dan bersinar menjadi salah satu daya memikat kepada seseorang.

    Di bawah ini petuo tradisional ingin berkongsi kepada anda petua bagaimana unutk menjadikan mata anda cantik bersinar.

    Caranya ialah dengan menggunakan kapas yang bersih dan rendamkannya ke dalam air teh yang di bancuh. Air bancuhan tersebut mestilah pekat dan sejuk.

    Cuba tampalkan kapas tersebut yang telah direndam ke dalam air bancuhan teh tersebut ke mata anda. Lagi senang kalau anda lakukan ini dalam keadaan berbaring. Tapi kapas tersebut jangan terlalu basah hingga mengalir airnya, dikhuatiri air teh tersebut akan mengalir masuk ke dalam mata anda.

    JANGAN BIARKAN AIR TEH TERSEBUT MASUK KE DALAM ANDA.

    Lakukannya kedua-dua belah mata anda. Anda boleh lakukan ini 2@3 kali seminggu. InsyaAllah anda akan lihat perubahan pada mata anda.