Saturday 30 November 2013

Petua Merawat Beguk






Campurkan sedikit nila dan cuka ke dalam satu bekas.

Lumurkan pada bahagian yang bengkak (beguk). Biarkan sehingga kering. 

Buat sehingga bengkak surut. Ambil masa beberapa hari.

Monday 18 November 2013

PETUA UNTUK WANITA KEKAL DARA.



Dr. Fatimah Az-Zahra.
telah menurunkan petua untuk kaum wanita menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat di bawah ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya: 
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
 Sama-sama kita amalkan wahai para wanita solehah.

Petua Untuk Melambatkan Penuaan

1.Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.
 
2. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
 
3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
 
4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
 
5. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
 

Petua Untuk Mempunyai Bentuk Badan Yang Menarik.

1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali.


2. Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3. Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4. Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.

5. Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.

6. Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.

7. Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.

8. Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.

9. Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.
 
 

Saturday 16 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGEMPISKAN PERUT.

Ramai di antara kita semua mengalami perut yang buncit. Pelbagai kaedah dilakukan samada kaedah tradisional ataupun rawatan di hospital. 

Di bawah disertakan petua tradisional bagaimana untuk mengempiskan perut anda.
 
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Campurkan kedua-duanya hingga sebati lalu disapu pada perut. Selepas itu ikat perut anda seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, Cuba anda amalkan setiap malam. 

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Biarkan dan embunkan semalaman. Esok paginya anda minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHALUSKAN KULIT.

Assalamualaikum....

Hari ini petua-petua tradisional ingin berkongsi dengan anda petua untuk menghaluskan kulit anda. Semua orang inginkan kulit yang cantik dan halus. 

Cara-caranya ialah -

Ambil buah tomato dan dikisar hingga halus. Setelah buah tomato tersebut telah hancur, ambil nya dan lumurkan di muka anda untuk beberapa ketika. 

Setelah di biarkan agak beberapa lama cucilah dengan menggunakan air suam. Buah tomato juga bertindak sebagai pembersih kulit muka anda.

Sebaik-baiknya anda lakukan di waktu malam sebelum anda masuk tidur. Lakukanlah sekerap yang mungkin untuk melihat perubahannya. InsyaAllah anda akan lihat perbezaannnya.


PETUA-PETUA TRADISIONAL MERAWAT GATAL KULIT KEPALA.

Hari ini petua-petua tradisional ingin berkongsi kepada anda tentang masalah gatal di kulit kepala. bagi sesiapa yang mengalami masalah ini bolehlah mencuba petua di bawah.

Ambil daun rambutan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi lebih kurang 3 gelas air dan hancurkannya. Selepas itu ambil perahan 2 biji limau nipis dan kacaukan dengan air daun rambutan tadi hingga sebati

Tapiskan air tersebut dan sapukan hingga rata di atas kepala. Ratakannya hingga air tadi menyerap ke seluruh kulit kepala anda. Cuba amalkannya sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

InsyaAllah gatal di kulit kepala anda akan hilang.

Saturday 9 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN BIBIR.

Mempunyai bibir yang cantik amat dicari oleh semua orang. Disini antara petua-petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mempunyai bibir yang cantik.

1) Memberus bibir selepas memberus gigi anda.

2) Menyapukan madu ke bibir anda sebelum tidur.

3) Menyapu marjerin atau mentega ke bibir anda. Lakukan setiap hari.

4) Sapukan jus halia ke bibir anda.

5) Sapukan kuning telur ke bibir anda sebelum masuk tidur.

6) Minum air secukupnya seharian.

7) Sapukan ubat gigi ke bibir anda.

PETUA-PETUA TRADISIONAL KEBAIKAN JUS TIMUN SEGAR.

Timun memang sedap jika dijadikan ulam semasa makan nasi. Timun mengandungi protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Jus timun amat baik kepada kesihatan kita jikalau di amalkan. Berikut adalah kebaikannya.

1) Melegakan pening dan loya.

2) Mampu menurunkan demam dalam masa yang singkat.

3) Mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGILATKAN KUKU.

Semua orang ingin memiliki kuku yang cantik dan berkilat. Petua-petua tradisional menyediakan satu petua untuk mengilatkan dan mencantikkan kuku anda.

Ambil bawang putih kupas kulitnya dan belah dua. Sapukan bahagian tengah bawang itu yang telah dibelah itu ke permukaan kuku. Gosok sekali sekala dan anda akan lihat perbezaannya.

Friday 8 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN

Pelbagai cara dilakukan bagi seseorang yang ingin menurunkan berat badan. Petua-petua tradisional menyediakan cara-cara tradisional yang murah dan berkesan untuk anda amalkan.

Ambil dua biji limau nipis atau limau kasturi dan perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejukdan masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Amalkannya setiap hari selama sebulan. Kaedah ini tidak memadai jika anda tidak turut melakukan senaman ringan. Lakukan senaman ringan setiap hari bagi membantu menurunkan berat badan anda.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BULU KAKI.

1.Petua-petua tradisional menghilangkan bulu kaki dengan menggunakan gula.
Ambil tiga senduk gula pasir, 1/4 gelas perasan perahan limau, dan 1/4 gelas air. Panaskan campuran bahan-bahan tersebut dengan api kecil hingga menjadi seperti cecair. Dalam keadaan suam-suam sapukan kebahagian kaki yang berbulu. Lalu lekatkan kain kasa, tekan kain kasa tersebut dan tarik kearah berlawanan tumbuhnya bulu dengan cepat dan pantas. Anda akan dapati bulu-bulu di kulit anda akan ditarik keluar secara sempurna.

2. Petua-petua tradisional menghilangkan bulu kaki dengan putih telur
Caranya campur 1 senduk gula, setengah senduk tepung jagung dan satu putih telur. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan sapukan pada kaki atau tangan yang berbulu. Setelah kering kupikkan lapisan putih telur dari kulit anda seperti anda mengupas kulit telur. Secara tidak langsung bulu-bulu di kulit anda akan dibawa keluar putih telur tadi.

3. Petua-petua tradisional menghilangkan bulu kaki dengan merica dan kapur barus
Caranya tumbuk merica dan kapur barus sampai halus. Tambahkan beberapa titik minyak tanah lalu campur hingga rata. Sapukan ramuan tadi keseluruh permukaan kulit yang akan di buang bulunya. Biarkan selama 1 jam sebelum kemudian anda cuci bersih. Lakukannya ini setiap tiga hari sekali, di jamin bulu-bulu di kaki anda akan tertanggal dengan sendirinya.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCERAHKAN KULIT BADAN.

Petua-petua tradisional menyediakan satu petua untuk mencerahkan kulit badan anda.

Cara-caranya adalah ambil beras dan gorengkannya tanpa menggunakan minyak sehingga agak keperangan. Selepas itu anda kisarkannya sehingga menjadi halus. Kisarkannya sehingga benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti. 

Ambil beras yang dikisar tadi dan campurkannya dengan sedikit air sahaja. Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan hingga kering pada kulit, Beras ini sekadar untuk dijadikan scrub. 

Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut,

Wednesday 6 November 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK PERAWAN @ ANAK DARA.

Banyak petua-petua tradisional untuk anak dara yang baik untuk diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua tradisional yang boleh diamalkan oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua tradisional berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan
tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan anda.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam
jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan
mengendurkan payudara anda.




SUMBER ------ http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=2031.0

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN PAYUDARA.

Semua wanita inginkan payudara mereka sentiasa kelihatan cantik,segar dan sihat. Payudara yang cantik,segar dan sihat akan menjadikan suami sentiasa bangga dengan isteri mereka. Cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.

Petua 1
Ambil dua sudu minyak sapi dan panaskan kemudian biarkan seketika untuk menyejukkannya. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Ambil tuala dan basahkan dengan air suam. Lap payudara anda sehingga bersih.

Petua 2
Ambil sepuluh ulas bawang merah tumbukkannya sehingga menjadi halus. Sapukan disekitar payudara anda, Ketika menyapunya anda diingatkan supaya tidak terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK KEKAL LANGSING.

Ramai antara wanita yang ingin sentiasa langsing dan mengelakkan dari masalah kegemukan. Faktor pertama adalah makan makanan yang banyak mengandungi gula dan lemak. Di samping itu juga kurangnya bersenam adalah salah satu faktor obesiti.

Petua-petua tradisional ingin berkongsi petua untuk sentiasa kelihatan langsing.

A) Pertama ialah mengubah cara pemakanan yang mejadi amalan seharian kepada satu amalan yang baru iaitu

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan
ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan seperti nasi dan makanan-makanan yang berat, ambil sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam pada sekitar jam 700 malam.

4. Jangan makan makanan-makanan yang berat seperti nasi selepas jam 9 malam.

5. Amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg telah dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Minumlah selepas bangun pagi, tengahari dan sebelum masuk tidur.