Thursday 30 January 2014

Isu Halal- Haram Penting

Pihak berkuasa perlu memantau dengan segera  isu ini...Demi menjaga akidah  masyarakat muslim
Pada orang dewasa yang berpelajaran mungkin mudah mengenal pasti ....tetapi pada yang  kurang pengetahuan....??


Suatu dahulu pihak  Jakim katanya meletakkan syarat-syarat yang terlalu ketat untuk mendapatkan sijil halal yang sah, Mashitah  pula pernah berkata terdapat prosedur pensijilan halal yang harus dipatuhi oleh peniaga agar sijil itu dipercayai orag ramai.Petikan ini  bagaimana cerita ?


"Makanan halal perlu bebas daripada bersentuhan dan berdekatan dengan benda haram dan najis dalam Islam semasa peringkat penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan.

"Justeru, bagi mendapatkan pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja halal tetapi juga toyyiban iaitu bersih, suci dan berkualiti tinggi supaya integriti pensijilan Halal itu sentiasa terpelihara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa," tambahnya.

Seminar yang dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada pihak industri dan wakil Jabatan Agama Islam Negeri bertujuan memartabat dan mengharmoni penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab halal di dunia. - Bernama

Adakah kita buka mata dan buta hati ? ?

Monday 27 January 2014

Petua Pakaian Putih Sentiasa Berseri






Petua Pakaian Putih Sentiasa Berseri 1:

Rendam pakaian putih bersama serbuk pencuci dan buah mengkudu. Ramas buah mengkudu dan biarkan semalaman. Basuh seperti biasa pada keesokanharinya.



Petua Pakaian Putih Sentiasa Berseri 2:
Rendam pakaian dalam air bancuhan nila yang telah dilarutkan. Elakkan jemur di tengah panas terik.

Thursday 23 January 2014

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian




Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Anda menghadapi masalah membersihkan kesan karat pada pakaian?
Cubalah petua-petua di bawah untuk menghilangkan kesan karat pada pakaian.

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 1:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis

Monday 20 January 2014

Petua Menyimpan Kain Songket






Untuk mengelakkan lipatan kain songket tidak berbekas dan berkedut, terbalikkan kain songket, gulung dalam kertas dan masukkan ke dalam beg plastik



Untuk mencegah serangga merosakkan kain songket, masukkan kayu ke dalam beg plastik tadi dan gantung.



Untuk membasuh kain songket, larutkan serbuk sabun dalam air suam dan rendam kain songket selama 5 minit. Celup-celupkan dan bilas dengan

Thursday 16 January 2014

Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian




Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian

Pakaian anda terkena darah?
Cubalah petuadi bawah untuk menghilangkan kesan darah pada pakaian anda.

Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian 1:
Campurkan garam kasar dengan air di dalam baldi. Masukkan pakaian yang terkena darah dan biarkan terendam semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian 2:

Monday 13 January 2014

Petua Menghilangkan Bau Busuk Kasut




Petua Menghilangkan Bau Busuk Kasut

Kaki berpeluh antara penyebab kasut berbau busuk. Untuk menghilangkan bau busuk kasut, tabur serbuk kopi ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Cuci seperti biasa pada keesokan harinya.

Thursday 9 January 2014

Petua Suburkan Pokok Bunga







Petua Suburkan Pokok Bunga

Anda minat menanam pokok-pokok perhiasan di laman rumah?
Cubalah petua-petua ini untuk mendapatkan tanaman pokok yang subur.

Petua Suburkan Pokok 1
Taburkan serbuk kopi yang telah digunakan di sekeliling pokok bunga.

Petua Suburkan Pokok 2
Gunakan air basuhan beras dan air basuhan ikan untuk menyiram pokok bunga.

Petua Suburkan Pokok 3
Campurkan serbuk kayu

Monday 6 January 2014

Petua Pokok Tomato Subur dan Berbuah Banyak




Petua Pokok Tomato Subur dan Berbuah Banyak

Anda ada tanam pokok buah tomato?
Cubalah petua ini untuk mendapatkan pokok tomato yang subur dan berbuah banyak.


Ambil bulu-bulu ayam yang baru disembelih dan cucukkan pada setiap umbi tanaman tomato. Selain itu, gunakan sedikit baja bakar.

Thursday 2 January 2014

Petua Pokok Orkid Subur & Cantik




Petua Pokok Orkid Subur & Cantik

Tanam atau letakkan pokok orkid yang tidak terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Gunakan air basuhan ikan yang disimpan selama 2 hari dalam bekas tertutup untuk menyiram pokok orkid sekali dalam masa seminggu.

Cubalah, insyaAllah pokok orkid anda hidup subur dan nampak cantik.