Sunday 23 June 2013

Ramadan Yang Ku Nanti....Bertemu Kembali


Marhaban ya Marhaban...Bulan ke Rahmatan bulan ke Berkatan,Penantian setahun ......bertemu kembali..ye......
 Tidak lama lagi bulan Ramadan akan menjelang. Apakah persedian anda ?
Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.
Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
 

Pesta Makan
Waktu Berbuka Puasa
Adakah anda perasaan menjelang berbuka puasa .Orang ramai akan berpusu-pusu kePasar Ramadan.Tidak cukup sebelah tangan membawa juadah balik. Pernah saya bertanya " Untuk berapa orang makan ?" .
" Oh!... Bukan untuk buka puasa je….yang ni   untuk buat sahur nanti ." Jawabnya selamba...
Jika diteliti pasar Ramadan akan mula beroperasi jam 3.00 petang.Jadi pukul berapa penjual akan mula memasak.?. Bolehlah buat kira-kira atau mathametik.!
Adakah masih berkhasiat?

 Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan  makan banyak atau  makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.
Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan pedas

Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.
Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.



Makanan Seimbang
Kita mesti  melengkapkan pemakanan yang diambil  dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran  segar sewaktu makan sahur dan buka puasa.Ini bagi memastikan  ahli keluarga  mendapat khasiat  dan makanan berserat  daripada pengambilan buah berkenaan.
Tahukah anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.

Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.


Ketika Bersahur
Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang . Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air untuk  mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa . Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.

 Alternatif
Kekadang kerana kesibukan waktu  atau telalu kepenatan atau terlewat terjaga untuk bersahur
Ikutlah  Tips dari shaklee yg mudah di sediakan ketika sahur. Campurkan ketiga gabungan makanan tambahan ini , rasa nya sedap  seperti  vitagen ditambah jika diminum dengan air yang sedikit sejuk. 
Cara bancuhan
  untuk Dewasa Cara ialah dengan 500ml air Air biasa,
1 sudu besar ESP,  
1 sudu  meal shake
1 sudu besar Performance drink
Masukkan dalam shaker dengan 1 ketul ais cube yang kecil, Shake hingga larut? Bila telah Bercampur rata , bolehlah di minum. Anda sudah bersedia untuk berpuasa esok hari.

 
Cara bancuhan  untuk   Kanak-kanak
250ml air Air biasa,
0 .5  sudu besar ESP
1    sudu meal shake 
0.5 performance

Caranya adalah sama.
 



 Apakah kebaikannya ? 
Protin
Meal Shake

1) ESP/ Protin (KURANG RASA LAPAR)
1.membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
2.Mengatasi masalah GASTRIK
3.MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum pada yang hamil
3.Kulit lebih anjal, tegang dan berseri


2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS)
1. Mengekalkan kandungan air di dalam badan
2.Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
3. Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga
 

3) Meal Shakes  (KURANG RASA LETIH)
1.Setiap bancuhan MealShake memberikan  19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.
2.Mengenyangkan dan memberi tenaga
3. Elakkan sembelit
Dapatkan set ramadhan hari ini juga!!! sebelum kehabisan stok  (Hot produk di bulan ramadhan) ...sesuai utk kanak2,ibu hamil, ibu menyusu, pesakit gastrik,warga emas dan semua golongan. Dapatkan di sini-
PM saya untuk dapatkan Shaklee - klik di sini


Tuesday 11 June 2013

Petua Mengetahui Kualiti Telur




Petua Mengetahui Kualiti Telur:



Rendamkan telur ke dalam air seperti dalam gambar di atas.



1) Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih BARU.

2) Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.

3) Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.

4) Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.