Wednesday 10 July 2013

Antibiotik Paling Kuat Bagus??

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
“Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya Antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok”.
 Perlu di ingat Allah beri kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat setelah bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Adakah anda tahu Seorang Doktor  memberi Antibiotik, perlu ada cara. Mereka tidak akan memberikan secara sewenangnya. Kadang-kadang orang awam dan ada ibu bapa yang memandai meminta Antibiotik yang kuat...???

ya. Mulakan dengan Antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan Antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada Antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tahukah anda Antibiotik boleh  membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan. 
Sesuai dengan kesannya, Antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan Antibiotik jika Antibodi sesaorang itu kuat untuk membenteras virus yang menyerang..


DemamDenggi ialah sejenis virus, jadi tiada Antibiotik  yang boleh membunuh virus denggi. Rawatan Homeopathy boleh merawat Denggi  ini  dengan menggunakan ubatan seperti Bryonia, Echinecea, Aconite dan banyak lagi mengikut simptom keluhan .Jika di hospital rawatan yang diberi meliputi perawatan  seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. 
Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? 
Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. ….. Hai ! apa pulak perbezaan ni...
 
 Sekiranya semua doktor memberikan Antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada Antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.


Siapa kata Antibiotik tidak ada kesan sampingan ? Ada.....Antibiotik mempunyai kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.

Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis Antibiotik berasaskan sulfa.Kesan Antibiotik itu menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

Apabila Antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh Antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
 Penggunaan Antibiotik ini membunuh secara rambang-, Antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya musnah tanpa belas kesihan ini ternyata membawa padah kepada kesihatan. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela.


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal Antibiotik tersebut.
Untuk orang  yang kaya mungkin tak kisah dengan kos Antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi untuk orang kampung atau yang susah memang memberi kesan Sebagai contoh untuk membayar kos , RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang  agak memeningkan kepala.

Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana Antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan Antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Apa Pendapat Doktor ?