Sunday, 23 January 2011

Cerita Makan Speghetti

Sebagai Muslim soal makan ni kita mesti Hati-Hati ,kena semak lebel sebelum membeli…. sekiranya was-was jangan dibeli.Perlu diingatkan makanan mempengaruhi jiwa kita..apatah lagi anak-anak yang masih kecil....

Ini adalah pesanan seorang kawan yang telah membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti

Waktu makan anaknya bertanya , daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?......dikunyah rasa asin-asin.Setahu dia sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms/cendawan tetapi yang ini lain sedikit......dia pun bergegas ke dapur,… pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Tiba-tiba ia terlihat INGREDIENTSnya : tomato,..... ... pork minced meat!

Dia begitu terkejut kerana termasak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! .Katanya ia bertaubat tak nak masak spegetti lagi.

Monday, 17 January 2011

Petua Hilangkan Kedut di Wajah

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.