Sunday, 16 September 2012

Hak Kasih Sayang



Kita adalah makhluk yang dicipta oleh Allah , maka sudah tentulah Allah telah menetapkan garis panduan untuk kita.Tidak perlu lagi kita yang bertaraf hamba ini untuk mencari kehidupan sendiri.Segalanya telah ditetapkan.

Panduan hidup yang disediakan oleh allah ini dikenali sebagai Syariat.Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa kepatuhan terhadap Allah SWT  dan mengikuti tatacara kehidupan Rasuallah SAW.

Musim Haji datang kembali......Teringat  sewaktu menunaikan haji di Mekah ,waktu menunggu solat subuh ,oleh kerana leka membaca Al Quraan , tidak sedar telah ujud  se ekor kucing yang nyenyak tidur diatas sejadah.Entah bila kucing itu datang dan tak tau dari arah mana datangnya...Pelik sungguh!!!!

.Pelik kerana  puan Nor sembahyang ditingkat dua dan di bahagian tengah dibahagian jamaah wanita serta yang berselindung atau di belakang barisan rak Al Quraan bersetentangan dengan pancuran emas.Jika kucing tu  naik tangga  dan melalui barisan jemaah yang berhimpit-himpit tu.....tentu ada yang perasan.tetapi......tup tup ternampak dia dah tertidur di sejadah dengan aksi yang cukup bagus dan sangat nyeyak.Jika di usik-usik hanya mengeliat dan ubah posisi sahaja tanpa beredar dari sejadah tu.

Sedar bila kawan sebelah mencuit " kakak buat apa dengan kucing ?"  Agak terperanjat juga......" Itu...." Oh! nyeyak sungguh kucing itu tidur.Bila ditanya kawan sekeliling ,tiada siapa pun yang perasaan atau nampak kucing tu datang

Terpaksalah puan Nor berkongsi sejadah dengan kucing tu....sebab ditolak-tolak kucing tu hanya mengeliat saja tanpa beredar.Setelah habis solat ,kucing tu masih tidur. Kawan berpesan katanya..".nabi sangat sayangkan kucing hinggakan ada suatu ketika dia mengunting kain supaya tidak mengganggu kucing yang tidur itu."Puan nor pun meninggalkan sejadah yang ditiduri kucing itu......


Tibalah masanya kini untuk kongsi cerita,,,,ada seekor  kucing yang mendatang kerumah puan Nor . Kakinya  luka kerana bergaduh.Luka merebak  dan telah berulat (magots) sebab bau luka itu menggundang sang lalat mengerumuni nya.Terpaksa dibawa kucing ini  ke klinik haiwan kerana sangat susah untuk membersihkan ulat tersebut.Doktor memberitahu..."Nasib bawa cepat ke klinik, jika tidak ..kaki si kucing Kuning ini terpaksa di potong"...





Diklinik kucing itu di kurantin selama 8jam .baru dibenarkan  bawa balik.Ubat dan rawatan  perubatan rm 50.00.Rasanya lebih mahal daripada rawatan kita sakit  biasa diklinik.

Di rumah kucing ini mendapat ubat homeopathy pulak yang dititiskan dalam mulutnya.Beginilah nasib orang buangan, jika ada yang sudi berbahagialah hidupnya.

Kucing adalah makhluk allah...tetapi sebagai manusia yang di berikan akal "kenapa sanggup menginaya anak sendiri atau insan lain yang punya perasaan"......Jadilah insan yang punya naluri kasih sayang dan kesihan belas yang di banggakan