Panaskan seterika dan gosok ke atas sehelai daun pisang seperti menggosok pakaian. Hasilnya permukaan seterika akan bersih dan dapat menggosok pakaian dengan licin dan lancar.
Pihak berkuasa perlu memantau dengan segera isu ini...Demi menjaga akidah masyarakat muslim Pada orang dewasa yang berpelajaran mungkin mudah mengenal pasti ....tetapi pada yang kurang pengetahuan....??
Suatu dahulu pihak Jakim katanya meletakkan syarat-syarat yang terlalu ketat untuk mendapatkan sijil halal yang sah, Mashitah pula pernah berkata terdapat prosedur pensijilan halal yang harus dipatuhi oleh peniaga agar sijil itu dipercayai orag ramai.Petikan ini bagaimana cerita ?
"Makanan halal perlu bebas daripada bersentuhan dan berdekatan dengan benda haram dan najis dalam Islam semasa peringkat penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan.
"Justeru, bagi mendapatkan pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja halal tetapi juga toyyiban iaitu bersih, suci dan berkualiti tinggi supaya integriti pensijilan Halal itu sentiasa terpelihara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa," tambahnya.
Seminar yang dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada pihak industri dan wakil Jabatan Agama Islam Negeri bertujuan memartabat dan mengharmoni penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab halal di dunia. - Bernama
Anda menghadapi masalah membersihkan kesan karat pada pakaian? Cubalah petua-petua di bawah untuk menghilangkan kesan karat pada pakaian.
Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 1: Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis
Pakaian anda terkena darah? Cubalah petuadi bawah untuk menghilangkan kesan darah pada pakaian anda.
Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian 1: Campurkan garam kasar dengan air di dalam baldi. Masukkan pakaian yang terkena darah dan biarkan terendam semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Kaki berpeluh antara penyebab kasut berbau busuk. Untuk menghilangkan bau busuk kasut, tabur serbuk kopi ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Cuci seperti biasa pada keesokan harinya.
Tanam atau letakkan pokok orkid yang tidak terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Gunakan air basuhan ikan yang disimpan selama 2 hari dalam bekas tertutup untuk menyiram pokok orkid sekali dalam masa seminggu.
Cubalah, insyaAllah pokok orkid anda hidup subur dan nampak cantik.