Thursday, 27 September 2007

Memilih Sayuran


Pilih sayuran berdaun yang segar dan berwarna hijau

Golongan jenis kekacang seperti kacang panjang,kacang buncis,bende ,tauge, lihat perubahan warnanya. Cari yang segar dan tidak lebam

Jenis buah seperti tomato,peria,terong, cili, kentang,jagung.Lihat disekelilingnya. Pilih yang tiada lebam,batang yang masih segar bagi cili dan jagung, pilih tomato dan cili yang bebas dari serbuk putih yang melekat dibuah dan jika pilih kentang,cari yang bersih tiada tunas dibuahnya.Tunas buah menunjukkan Kentang itu tinggi bahan "puren" yang meyebabkan gout

Sayuran berwarna kulit yang terang sangat digalakkan.Sayuran mengandungi serat yang tinggi,mudah di hadam dan baik untuk usus.Sayuran juga banyak mengandungi karotena dan antioksida yang dapat menjauhi penyakit kanser,tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Ketagih Makanan Segera


Mungkin anda tidak meyedari semua makanan segera mempunyai aroma yang sama.Seperti yang diketahui ,MSG (Monosodium Glutamate )banyak digunakan dalam makanan segera.

Makanan segera mengandungi garam, lemak dan gula yang sangat tinggi.
Pengambilan harus dihadkan kerana kurang baik untuk kesihatan

________________________________________________________________-
Steven A Witherly, PHD.CEO Technical Product Inc.Consultant.

Lobak Merah


Apabila membeli lobak merah atau carrot pilih yang berwarna gelap kerana lebih mengandungi Beta Karotean berbanding yang berwarna cerah.Tua lebih baik daripada yang muda.

Beta Karotena adalah antioksida yang diubah menjadi vitamin A apabila berada di dalam tubuh.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Seperti mana yang kita tahu ,sayuran lobak merah baik untuk mata, dapat menyembuhkan sembelit,asma,masaalah gigi,kesukaran tidur,memperbaiki kesihatan rambut,kulit dan kuku.

Lobak merah dimakan mentah lebih baik. Oleh itu digalakkan dimasak acar sahaja.



_____________________________________________________________________
Philip W. Simon,PHD .Jabatan Pertanian Amerika Syarikat

Makanan untuk kulit



Makanan untuk menjaga kulit agar awet muda.
1.Ikan- asid omega -3
2.Buah blue-barry kaya dengan fitokimia
3.Oatmeal kaya dengan serat
4.Cantaloupe seperti Honeydew mengandungi beta carotean, vitamin c dan banyak air.
5.sayuran Hijau yang kaya dengan klorofil

__________________________________________________________________
The Wrinkle Cure,Nicholas Perricone,MD Dermatologis