Thursday, 16 December 2010

Selidik Makanan Anda Hari Ini !!..... Halal ????



Ini adalah ringkasan dari nota sahabat kita, untuk mencari yang halal.
Anda Pernah makan Babi @ khinzir ?????

Mungkin kita ada memakannya cuma tak perasan atau tanpa kita sedari...........
Sahabat menghantar email dan menceritakan beberapa peristiwa yang boleh dijadikan panduan kita seharian .

kes pertama.1.
kawan dia ni tiap-tiap malam lepas sahaja habis kerja dia mesti makan di gerai dimana Tokeh nya Cina dan pekerja nya Indon.Dia suka sangat makan mee kari.

Pada satu malam dia balik lambat, oleh kerana nak makan dia pergi juga ke gerai itu. Nasib baik tokey tu reserved untuk dia . Sambil makan, Tokeh tu pun mencuci periuk belanga nya. Waktu dia nak membasuh tangan,nampak lah tulang yang keluar dari periuk yang di basuh nya .

Dia bertanya."Eh Tokeh, pakai tulang ke masak kari, you kata tak makan daging. ?" “ooo “ jawabnya….”Ini bukan lembu, ini pork maa baru sedap sikit masak kari, tak taruk tak sedap maa."

…..Uuweeek dia pun muntah keluar semua isi perutnya……dan katanya rasa nak minum air tanah je …… nak samak peruk dia. Nak buat macam mana…..?????.Sudah menjadi darah daging. ……awas.

Isu babi ( klik pada gambar untuk lihat lebih jelas);
kes kedua.2.
Cerita seorang kawan berdasarkan pengalamannya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi), pork fat(lemak babi), ham(ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yang biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak mengapa pada /bagi seorang Muslim.

Dia yang pernah bekerja di Hotel KL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept.....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. Daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ini semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Kepada sesiapa penggemar sosej @ frankfurter ( daging hot-dog ).Kajian yang dibuat oleh Persatuan Pelajar - Pelajar Islam Se Malaysia mendapati kebanyakan sosej yang diimport adalah tidak halal begitu juga yang diedarkan oleh syarikat tempatan sekiranya mereka mendapat bekalan dari luar Negara.



kes ketiga.3.

Seorang kawan telah menceritakan yang bapanya adalah seorang pekerja TNB di bahagian pembaik pulih bekalan elektrik. Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektrik di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di kawasan sekitar.

(Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik),secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan,dilihatnya daging-daging ayam berlonggok-longgok bersebelahan dengan daging babi yang berlonggok-longgok .Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dimana daging ayam dan daging babi dicampur dan digaul bersama untuk dijadikan burger.Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam!

Tokeh tersebut memberitahu kalau tidak dicampur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Katanya , burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

“ Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia” (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap berkata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya .

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun takde. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang dah tahu aktiviti beliau.

Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.Bila kes JE timbul, rupanya berjuta-juta babi ada di Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dimakan oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.


kes keempat.4.

Seorang Chef memberitahu pengalamannya, di dalam restoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet.Terdapat 5 bahagian dapur masakan ,diantara nya Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina....Setiap dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef.Setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef, tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan. Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain- lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.
Beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak

Menurut chef tersebut,terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas.

Sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.Bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut ?. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal..." Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram



5.Produk MAE PRANOM dari Thailand sah tidak halal. Tukang masak tomyam atau lebih sinonim dengan panggilan tukang masak ‘masakan panas’ (yang biasanya merupakan orang2 Thailand yang datang bekerja disini) mereka lebih suka menggunakan produk keluaran Mae Pranom ini.

Pernahkah anda terfikir berkenaan KICAP-KICAP yang digunakan oleh peniaga kedai Tomyam?

Kicap Cap Gajah dan Cap Sotong digunakan di dalam masakan Tom Yam dan masakan lain oleh kebanyakan tukang masak dari Selatan Thai.Kedua-dua kicap itu mempunyai bahan diperbuat dari babi sebagai pelemak




Kicap kipas udang pemiliknya adalah orang Melayu tetapi Kicap Tamin manis telah dijual kepada pengusaha Cina.Masaalah lagi bila ada saja yang ingin meniru......GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.Berhati-hati


Terkenang masaalah remaja dizaman ini begitu sukar dikawal ,berkemungkinan dari kesilapan kita sendiri sebagai ibu bapa yang membawa rezeki kerumah.Beritahu kepada yang lain . Semoga kita sentiasa berwaspada.…....

Inilah Punca Anak Sukar Di Didik...


10 Ramuan Berbahaya Dalam Mi Segera .
Sedarkah anda mi segera mengandungi bahan berikut dalam ramuannya. Anda turut mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1.Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2.Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3.Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4.Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api)
.
5.BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6.Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

7.Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8.Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9.Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10.Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

sumber ; Utusan Pengguna.(CAP)

Dibawah ini pula Risalah Yang Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya KL,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia,Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa UTM, UUM, USM,UM,UKM,& CAP.


Di antara Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi,Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1, Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2. Black Current Jelly
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas:Ais Krim Dalam Bekas Plastik
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6. Dairy Milk Coklat
7. Sugus Strawberry
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10.Gula-Gula Fruities
11.Minyak Sapi QBB
12.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
13.Coklat Cadbury/ Chewing Gum,Chocolate Products (Mars) are no longer Halal
14.Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
15.Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
16.Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
17.Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
18.Semua Jenis Jelly,Lady's Choice Jelly
19.Mee Kering (Sanggol)
20.Coklat Cake/Cake Mets Velber Punch
21.Tepung Kastard Lady's Choice
22.Daging Burger Import
23.Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
24.Bee hon Segera Siam
25.Lychee NARCISSUS
26.Pringles Potato Chips
27. Gula-gula Fruitties

PORK CRACKLING bukan ingredient. Ia adalah perisa tambahan

Lagi Senarai Barang ,Mengandungi bahan Tidak Halal:
1, Bosset Wine Gum
2. Sabun Fab Berbuku
3. Ubat Pearl Cream Arche (Thai
4. Ubat Kurap Buatan Org Cina
5. Passer Doily Mixture
6. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
7. Krim Muka Hazeline Snow
8. Keseluruhan Jenis Sheisedo
9. Semua Jenis Gincu Bibir
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
14. The gelatin used in Welch's Fruit Snacks is pork based
15. Shampoo dan facial DOVE
16. Berus Gigi Jenis 'Reach'
17. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
18. Semua Sabun Mandi Yang Diimport ;Sabun Mandi Yang Berminyak

Tertulis jelas 50% halal. Haram tetap Haram

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
4. Minyak Rambut Brylcream (Hijau)
5. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
6. Passer Doily Mixture
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound
8. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin

Sushi King haram?
.
Sushi akan dicelup alkohol about 0.01% untuk tahan lama maka dah sah haram .
Sushi king mengelarkan mereka "pork free"

The range of "Narcissus" food products

Edarkan Risalah Ini Kepada Semua Saudara Islam Kita
sumber info...
http://halalguide.org/Latest_Halal_Info.html
http://consumer.org.my/
http://www.dinar-emas.com/
http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/03/

Jauhilah-perkara-perkara-yang-syubhah.html

"Ayam Dinding" Jual bangkai sedutan Edisi Nasional METRO: Ayam haram Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan.......


BERITA TENTANG TESCO ; Untuk makluman semua


1.Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian.
2.Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka.
3.Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut
4.Bebola ikan yg diproses dari usus babi keluaran GSB Seafood Ent

Ihsan dari SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU
PERBADANAN PUTRAJAYA.
Moga anda di berkati kerana memberi info.




Sekarang yang ada tanda HALAL Nampaknya itu tak menjamin juga.

Kerana berita tentang KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. ( Co. No. 365216-T) yang bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. kilang ini mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ia tidak pernah mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.



Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,.
.
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu

USA merupakan pengeluar soya terbesar. sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen pada wanita,ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya kita umat Islam dilemahkan secara halus melalui pemakanan kita .

Perhatian untuk ibu hamil. jagalah makanan anda untuk keselamatan janin atau bayi anda supaya dapat disemai kesucian diri nya dari makanan syubhah sejak awal lagi.

TANDA HALAL TERBARU


TAKRIF MAKANAN HALAL MENURUT Al-Quran dan Sunnah

1. Makanan halal hanya boleh dikatakan halal apabila yang membuatnya terdiri Dari kalangan umat Islam itu sendiri. kerana orang-orang bukan Islam tidak tahu makna HALAL terutama mereka tidak mengerti apa itu Allah dan Rasul. Tiada diniatkan kerana Allah semasa ia dibuat,. Tiada dimulakan dengan Bismillah. Mengenyangkan tapi tiada berkat.

2. Skop makanan HALAL itu bukan sekadar memakan makanan tersebut, tetapi juga mengambil RUH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut! Tetapi kalau pengusaha/pembuat itu orang kafir,maka pastinya RUH KAFIR itulah yang diambilnya…. Kalau mereka sendiri tidak HALAL dan SUCI, bagaimana makanan yang mereka buat boleh diketagori HALAL???? Mereka tidak Tahu HUKUM THOHARAH ; jenis air yang boleh dan tidak boleh digunakan; mana satu najis kecil / besar . - mereka ini tidak tahu status HALAL atau
SUCI dari segi AGAMA ISLAM kerana mereka tidak mandi hadas/junabah, HADAS , erti kata lain adalah NAJIS tidak SAMAK kalau pegang anjing / babi ,
Bagi mereka pegang tidak mengapa - macam pegang kucing saja. Peluk cium anjing sebelum buat makanan , bancuh tepung buat kek/roti, biskut

3. Dalam Islam, makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani. Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa. Tiada nur Islam yang boleh merubah hati. Apabila CAHAYA KEKUFURAN (keingkaran) ini melimpah masuk ke dalam makanan yang dimakan, maka akan membiaklah BENIH-BENIH KUFUR di dalam diri tersebut. Maka dari saat itu bermulalah penentangan terhadap Perintah & Larangan Allah dan Rasul sedikit demi sedikit. Bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

4. Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan. Badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental. Lantaran itu Rasullah s.a.w mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.

6. Sumbernya diragui. Setiap makanan mempunyai Mhz - atau Gelombang .Makanan mempunyai gelombang yang berbeza. Makanan yang segar lebih tinggi gelombangnya daripada makanan kering. Makanan dalam tin mempunyai kosong gelombang dan tiada manafaat langsung. Madu umpamanya mempunyai gelombang sehingga 250Mhz. Lagi tinggi Mhz pada makanan tersebut adalah terlebih baik buat tubuh badan manusia. Apabila gelombang asli (makanan) bertemu dengan cahaya (nur) agama Islam , maka ia akan menghasilkan satu bentuk dinamik yang dipanggil "RELUNG CAHAYA". Relung cahaya ini akan menghasilkan impak yang memberi bekas pada hati, lidah dan anggota manusia sehingga merubah dari gelap kepada nur.



E-CODES /E-INGREDIENTS (NOTE: These emulsifiers are haram) :
-
Lapuran dari M.Anjad Khan Medical Research Institute United States.Menceritakan seorang kawanya bekerja sebagai pegawai di badan Pengawasan Ubat dan Makanan (POM)di Pegal Perancis.Tugasnya adalah mencatat semua barang makanan dan ubatan..

Mereka membuat kodifikasi bahasa untuk memasuki pasaran negara islam yang hanya diketahui oleh Badan POM sahaja, Orang awam tidak mengetahuinya.Lihatlah lebel semasa membeli . Jadilah pengguna perihatin.Pengambilan lemak babi ini menjadikan masyarakat sekarang telah hilang rasa malu,sukar di didik,terlalu kurang ajar dan suka kepada perkara-pekara yang meruntuhkan akidah ,kegiatan dosa besar seperti berzina ,pekerjaan haram seperti berjudi dan minum arak sangat berleluasa.

KOD numbers:E100,E120,E140,E141,E153,E160,(A)
E210,E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,
E325,E326,E327,E334,E335,E336,E337, E422,E430,E431,E432,E433,E434,E435,E436,E440,E470,E471,E472,E473,E474,E475,E476,E477
E478,E481,E482,E483,E491,E492,E493,E494,E495,
E542,E570,E572,E631,E635,
E904.


-------------------------------------------------------------------------------------
Mana-mana produk yang bertanda halal jika kandungannya telah diperbetulkan sila beritahu.Ini demi maruah seorang muslim.sila beri komen untuk di kongsi bersama.

__________________________________________
Perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut


MINUMAN BERKARBONAT ALAF BARU!!!

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE ।Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N,Drinho, Yeos.minuman yang tak berkhasiat, coke tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, sangatlah beracun.

Air Kikapoo pula berasal daripada syarikat arak! Monarch Baverage.
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. .



Manakala Milo, Nescafe, koko krunch dan minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo adalah sebahagian produk Nestle.
Dari rujukan : InMinds syarikat Nestle telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment .

Kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu
----------------------------------------------------------------.-
NOTA RINGKAS;


Berhati-hati memilih kasut. Kasut ini diperbuat dari kulit babi; Tandanya terdapat tiga bintik


Buku biologi, buku pemakanan mengkaji bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman
. Kerana makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita ...........

Islam telah pun menetapkan makanan yang halal dan yang haram. Makanan halal boleh dijelaskan sebagai sesuatu bahan makanan yang suci dan baik (halalan tayyiba) di samping ia tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkannya, menyediakannya dan menggunakannya.

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: Maka makanlah makanan yang halal (suci) lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan bersyukurlah di atas nikmat Allah...(an-Nisa': 14)Arak, khinzir dan anjing adalah contoh makanan yang majoriti umat Islam mengetahuinya sebagai benda yang haram.

Al-Quran telah menggariskan panduan tambahan bagi menentukan sesuatu makanan itu haram atau dilarang Islam. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
" Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih dan yang disembelih atas nama berhala serta (diharamkan) kamu menilik nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik." (al-Maaidah: 3)

Bab halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam Al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian, cara penyediaan makanan dan sebagainya, wajib halal. Dalam Islam tidak ada istilah 'Separa Halal', 'Separuh Halal' atau 'Gred Halal dengan 3 Bintang' atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya.

Ini kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.Justeru, umat Islam juga perlu prihatin kepada aspek penyediaan makanan agar makanan tersebut dapat dipastikan halal sedari proses awalnya merangkumi penternakannya atau penanamannya, penyembelihan dan penyediaannya hinggalah ia dijamah ke mulut sebagai halalan tayyiba sepenuhnya.

Makanan halal akan menjadi darah dan masuk ke hati kita. Hati yang bersih mudah dididik dan beramal soleh. Jagalah makan kita, janganlah makan dikedai orang yang tidak solat, ada info menyatakan bahawa Nabi Musa diberitahu bahawa air hujan yang jatuh menitis dari bumbung rumah orang tidak solat adalah lebih hina daripada air kencing anjing hitam, bayangkan kalau orang ini menyediakan makanan dari air basuhan tangannya, dan bagaimana pula kalau orang belum Islam. Fikir2 dan praktikkan

Info lanjut.. klik disini
klik disini

Tuesday, 7 December 2010

Petua Merawat Sengatan Tebuan

Jika anda terkena sengatatan tebuan, ambil sedikit ubat gigi dan campurkan dengan beberapa titis cuka. Kacau hingga mesra. Sapukan campuran pada bengkak gigitan tebuan. Biarkan hingga kering dan bilas. Ulangi sehingga bengkak susut dan hilang.

Tuesday, 9 November 2010

Petua Masakan: Petua Hilangkan Hanyir Daging atau Ayam

Bau hanyir masakan boleh mematikan selera. Cubalah salah satu cara di bawah ini untuk menghilangkan bau hanyir daging atau ayam.1) Perap daging atau ayam dengan asam jawa, atau perahan limau nipis/kasturi/lemon, atau tepung gandum selama 10 minit. Bilas hingga bersih.2) Lumur daging atau ayam dengan sedikit cuka masakan dan perap selama sejam. Bilas hingga bersih.

Tuesday, 5 October 2010

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah

Amalkan petua tradisional ini untuk melambatkan proses kedut pada kulit wajah.Sediakan sebatang lobak merah, sebiji kuning telur dan sesudu tepung jagung. Parut lobak merah dan satukan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau hingga mesra. Lumur adunan ini pada seluruh wajah. Biarkan hingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

Tuesday, 28 September 2010

Petua Berhenti Merokok

Mahu berhenti merokok?Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...1. Melengah-lengahLengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda â€Å“nanti” setiap kali anda ingin merokok.2.

Tuesday, 24 August 2010

Petua Rawat Sembelit

Anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua sembelit di bawah.1) Makan buah pisang atau betik selalu.2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air

Friday, 13 August 2010

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sumber dari : JAKIM

Wednesday, 4 August 2010

10 PETANDA MENGENALI JODOH


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Tuesday, 27 July 2010

Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONGMakanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada

Thursday, 22 July 2010

Petua Melebatkan Rambut

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. Basahkan

Monday, 28 June 2010

Petua Meringankan Sakit Gout

Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

Tuesday, 15 June 2010

Petua Merawat Selesema

Selesema membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika anda menghidapi selesama, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema.1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.3) Ambil secawan air

Friday, 11 June 2010

Petua Menyembuhkan Kulit Kurap

Kulit kurap membuat seseorang berasa tidak selesa dan malu. Jika menghadapi masalah kulit ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga

Buah Kiwi (Actinidia chinensis)



Buah kiwi (Actinidia chinensis), kaitkan dengan Australia dan New Zealand .Isi buah kecil yang berbentuk bujur dan berkulit coklat yang berbulu halus ini, berwarna hijau zamrud yang terang dan separuh lut sinar dengan aturan beberapa urat putih di bahagian tengahnya dan mempunyai biji-biji hitam yang kecil. Rasa isinya agak berkrim, enak dan lazat hampir menyamai rasa campuran buah strawberi dan pisang, serta mempunyai rasa manis yang unik.

Buah ini mengandungi vitamin A, B1, B2, potasium, niasin dan asid posfat dan juga kaya dengan klorofil dan mempunyai sumber antioksidan yang terbaik .Kandungan antioksidan dalam buah ini dapat membantu imunisasi tubuh mengatasi radikal bebas /Kandungan zat lutein dapat mencegah kanser prostat dan penyakit yang disebabkan virus atau bakteria

tidak mengandungi lemak.Kandungan magnesium dan vitamin C yang terdapat dalam buah ini ,menjadikan hati /liver dapat bekerja/berfungsi dengan lebih baik/maksima. Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi bagus untuk yang sedang ber diet. Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi

70% tubuh manusia mengandung air. Jika tiba-tiba berlaku cirit birit atau muntah. Bahagian tubuh yang berisiko adalah gagal ginjal/buah pinggang. Buah ini dapat digunakan sebagai sumber energi, karena mengandung kalori yang dapat diubah menjadi energi. Satu biji buah dijangkakan mendapat 80-90 kalori.

Seorang kawan bercerita dia dan suaminya disahkan terkena demam denggi dan di masukkan ke hospital.Kes pesakit denggi biasanya dikenali dengan symptom;demam yang tinggi, menggigil,rasa loya,keluar bintit-bintit di kulit, sakit-sakit badan dan sendi.Platlet dalam darah suaminya turun sehingga 18.Doktor terpaksa menambah Platlet (platlet transfusion )……dengan minum jus kiwi dan memakan sedikit buah kiwi platletnya mendadak naik menjadi 82 ,sementara isterinya pula bacaan 76 naik ke 170…sangat menakjubkan.

Untuk kecukupan serat per hari,kita perlukan sekitar 25-30 gram. Satu mangkuk kecil sayur atau satu buah diperkirakan mengandung serat 4 gram. Jika Anda malas makan sayur, anda perlu makan 8 buah untuk memenuhi keperluan serat 30 gram,.

Tuesday, 1 June 2010

Buah Kurma (Phonex Dactylifera )


Buah Kurma (Tamar). adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan.Rasa buah kurma segar cukup enak ,ranggup kerana biasanya buah ini disejukkan untuk mengelakkannya daripada rosak.

Buah Kurma mempunyai banyak gred dan berbagai panggilan.Sewaktu di Maddinah saya lebih suka makan kurma nabi.Warnanya agak hitam dan buahnya lebih kecil daripada yang lain dan agak bulat sedikit.Harganya jauh lebih mahal berbanding dengan jenis kurma yang lain.DBuah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, sodium, vitamin A dan C, fosforus, potasium dan juga mengandungi sejenis bahan protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Jika dibiarkan, tindak balas itu akan menyebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Kurma mempunyai pelbagai khasiat yang tercatit didalam Al-Quran. Buah kurma sangat sesuai untuk wanita waktu kehamilan atau selepas kelahiran memandangkan buah ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.

Firman Allah:
Maksudnya: "Dan gegarlah ke arahmu pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan".

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:
"Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam binti Imran ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar".

Buah Delima (Punica Granatum)



Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".

Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Monday, 17 May 2010

Petua Hilangkan Bau Badan - Petua Orang Tua

Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas TehGosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.- Petua Hilangkan Bau dengan

Monday, 10 May 2010

petua mencantikkan payudara



Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.


Monday, 26 April 2010

Petua Sakit Gigi

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.4)

Tuesday, 13 April 2010

Petua Mencegah Rambut Gugur

Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan

Sunday, 11 April 2010

Petua Kurangkan Bau Petai

Petai sangat dikenali dengan baunya yang kuat. Berikut adalah antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bau petai.1) Rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam. Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak.2) Masukkan terung dalam masakan ynag menggunakan petai.

Monday, 29 March 2010

Petua Mengelak Minyak Memercik Keluar

Cubalah salah satu petua di bawah untuk mengelakkan percikan minyak ketika memasak:1) Ambil sedikit daun pisang, carik-carikkan dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus, keluarkan dan buan.2) Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian barulah menggoreng atau menumis.

Tuesday, 23 March 2010

MENGHINDARKAN BAU KETIAK


1. Sekiranya anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.

2. Cara lain untuk menghindarkan bau ketiak adalah dengan elakkan tapak tangan kena ketiak masa mandi, bubuh sabun pada belakang tangan, dan gunakan belakang tangan utk sapu sabun kat ketiak.

3. Antara lain untuk hilangkan bau ketiak, gunakan tawas dengan menggosok ketulan tawas di ketiak setiap kali selepas mandi, InsyaAllah hilang bau walaupun bekerja seharian suntuk dan tidak kehitaman

4. Antara lainnya adalah dengan mencabut bulu ketiak sehingga habis kerana ketiak tidak akan berpeluh sangat pastu sebelum mandi tonyoh dengan limau purut.

Saturday, 20 March 2010

NU3 Acai Plus



Melalui kajian oleh pengamal perubatan professional di Amerika Syarikat, buah acai mengandungi pelbagai zat seperti mempunyai protein lebih daripada telur, zat besi, kalsium, karbohidrat, serat dan antioksidan. Juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting termasuklah vitamin B, E, asid lemak (fatty acid) Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

Protein adalah sumber utama dan merupakan komponen penting bagi hormon dan kebanyakan tisu tubuh termasuklah organ dan otot-otot dan juga membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.

Jus buah beri acai mengandungi glukosamin guna membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh.

Kalsium yang dimiliki oleh buah beri acai boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan kehilangan tisu tulang, Amat penting bagi wanita yang mengalami masalah sakit haid melampau, kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.

Antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang terkandung dalam jus buah beri acai dikatakan amat baik untuk melindungi jantung dan memperbaiki penghasilan oksida nitrik dalam sel-sel endothelial yang membantu melindungi saluran darah untuk lebih mengendur dan mengembang, Ini mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko saluran darah tersekat.

Buah acai kaya dengan asid lemak perlu (EFA) yang mampu mengurangkan kolesterol tidak baik yang bahaya untuk kesihatan. Anthocyanin dalam buah beri acai boleh melindungi saluran darah , vena, arteri dan kapilari. Indek glisemik rendah yang diberikan buah beri acai mampu memperbaiki tahap glukos dan lipid pesakit diabetes.

Antioksidan dalam buah beri acai amat baik untuk kulit. Antocianin dan fitosterol di dalam buah beri acai ini boleh mengurangkan hakisan lapisan perlindungan kulit dan melindungi tisu-tisu penyambung termasuklah kolagen. Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit, amat sesuai mengambil buah beri acai dalam pemakanan harian.

Zat dalam buah beri acai juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit.

Menurut kajian, serbuk beku-kering beri acai terbukti mempunyai kesan ringan penyekatan atau penghalangan kepada enzim siklooksigenase COX-1 dan COX-2. Ekstrak polifernol dari buah beri dilaporkan mampu untuk mengurangkan anti-pembesaran sel leukemia.

Dalam kajian terhadap tikus yang diberi diet kolesterol tinggi, makan tambahan dengan pulpa kering buah acai dan dapat mengurangkan tahap lipoprotein kolesterol dan aktiviti superoksida dismutase dalam darah

Beta karotena dan vitamin C dalam jus buah beri acai dikatakan mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata dan mengurangkan komplikasi penyakit kemerosotan makular pesakit diabetes.

Buah beri acai dikatakan mampu mengurangkan proses penuaan dan membantu pemulihan sel kerana kandungan antioksidan yang tinggi dan boleh membantu penurunan berat badan. Agen pengurangan berat badan yang terdapat dalam buah beri acai dikatakan dapat meningkatkan tahap metabolisme yang mampu menyebabkan penurunan berat badan. Antioksidan membolehkan proses pemecahan lemak berlaku dengan lebih cepat, meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Gabungan kesan ini membuat proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan mudah tanpa kesan sampingan yang biasanya berkaitan dengan bahan kimia sintetik.

Kekalkan wajah muda dan kekuatan dari dalam
• Kombinasi ajaib kolagen dan buah beri dari Amazon
• Untuk menjaga kecantikan anda dari luar dan dalam
• Kekal sihat, muda dan aktif dengan kulit cerah dan sendi fleksibel


Fungsi
1.Fungsi Khasiat Buah Acai
• melambatkan penuaan
• meningkatkan sistem pertahanan semula jadi badan
• mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular
• mengurangkan keradangan
• memperbaiki sistem penghadaman dan sistem perkumuhan
• melindungi tisu-tisu perantaraan
• mengandungi anthocyanins yang tinggi untuk penglihatan yang lebih baik
• mempunyai indeks glycemic yang rendah dan membantu dalam mempertingkatkan paras glukosa dan lipid.


2.Fungsi Kolagen
• Menyumbang kepada kepadatan tulang dan mencegah osteoporosis
• Menggalakkan pembaharuan sel-sel kulit
• Menjadikan sendi lebih fleksibel
• Membaiki kesihatan mata
• Membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat

Perbandingan Khasiat Acai Berry



Acai berry banyak diperkatakan di negara barat kerana khasiat yang ditawarkan. Ia pernah dibincangkan di rancangan Oprah, malah pernah diwartakan di Buletin Utama TV3.




Dapatkan Nu3 Acai Plus kerana Sifat antioksida buah Acai yang kuat mampu mempertahankan badan daripada pelbagai penyakit dengan mengurangkan kerosakan oksidaan pada sendi-sendi, kulit, jantung dan mata. Terbukti berkesan untuk anda yang mengalami masalah pernafasan, SEMBELIT, SAKIT LUTUT DAN SENDI ,kekecutan otot dan masaalah METABOLISMA.Nu3 Acai plus dapat menurunkan berat badan (lose weight )secara natural.