Monday, 30 September 2013

Petua Merawat Rabun Mata




Petua Merawat Rabun Mata

Cubalah salah satu atau kedua-dua cara di bawah:



1) Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.



2) Setiap kali memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.







Friday, 27 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN SAKIT SENGAL-SENGAL BADAN.



Rasa sengal-sengal badan kadangkala merimaskan dan menjadikan anda tidak bermaya dan lesu. Cubalah amalkan petua-petua tradisional di bawah.

Ambil batang pokok bakawali dan potong-potong kira-kira 6 atau 10 inci. Tumbuk sehingga halus dan letakkan ke bahagian badan yang mengalami sengal-sengal. Setelak meletakkannya, balutkan dengan kain. Insyaallah sengal-sengal badan anda akan hilang.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHIILANGKAN SAKIT BATU KARANG.


Penyakit batu karang adalah penyakit yang menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kesakitan yang dialami adalah disebabkan berlakunya luka di saluran air kencing.

Petua -petua tradisional menyarankan supaya mencuba petua ini untuk menjauhinya. Ambil minum air yang telah dicampur dengan sedikit air mata kucing setiap 2 kali seminggu.

Begitu juga ketika anda tidur, hendaklah membalik-balikkan badan anda ketika tidur. Anda juga dilarang sama sekali cuba menahan dari membuang air kecil. Insyaallah dengan petua-petua tradisional ini dapat menjauhkan anda dari penyakit batu karang.

Akhir sekali bertawakkal lah kepada Allah dan memohon doa supaya di beri kesihatan yang baik.


Monday, 23 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BISUL.

Penyakit bisul yang telah membesar amat menyakitkan. Cubalah petua-petua tradisional di bawah.

KAPAS DAN CUKA.

Ambil sedikit cuka makan dan secebis kapas bersih. Celupkan kapas ke dalam cuka dan biarkan sehingga cuka tersebut meresap ke seluruh kapas tersebut. Sapukan di sekeliling bisul tersebut dan lakukan setiap malam.

GETAH POKOK SAGU.

Ambil dahan pokok sagu yang telah dipotong dan ambil getahnya dan sapu di sekeliling bisul dengan cermat. Ini dapat menghalang bisul dan mencegah kesakitannya.

KHASIAT DAUN KELEDEK.

Ambil beberapa helai daun keledek basuh hingga bersih dan tumbuk hingga lumat. Tampalkan di sekeliling bisul kecuali mata bisul. Bisul akan pecah pada hari berikutnya. InsyaAllah...

RAHSIA DAUN SIRIH.

Ambil beberapa helai daun sirih kunyat hingga lumat. Ambil hampasnya dan sapukan letakkan ke mata bisul. Lakukan beberapa kali sehari hingga bisul itu akan pecah dengan sendirinya. Setelah pecah bersihkan darah dan nanahnya dan sapukan serbuk arang dari tempurung kelapa. Cara ini akan cepat sembuh dan tiada parut.


Thursday, 19 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN KULIT WAJAH.

1) Ambil sebiji timun dan hancurkannya denagn tepung ubi dengan yang secukupnya sehingga sebati (jangan terlau cair). Selepas itu bolehlah disapu di muka dan biarkan ia kering. Basuhlah seperti biasa selepas itu dengan air bersih. Ini akan menegangkan kulit muka dan menjadikannya segar sentiasa. InsyaAllah.

2) Titikkan beberapa air limau nipis ke dalam bedak sejuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Muka anda berasa pedih sedikit ketika meletakkannya. Cuba amalkan petua ini dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.


PETUA-PETUA TRADISIONAL MEMELIHARA ALAT KELAMIN WANITA.

1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah saluran yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon, mereka perlu ingat untuk menukarnya.

3. Elak daripada sering mengamalkan “douching” iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria “lactobacilli” dari faraj, di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan menyabun atau menyapu “shower gel” pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

6. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

7. Elakkan memakai pakaian dalam synthetic yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan. Elok memakai “panty liner” supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.


SUMBER ----- http://petuamalaya.blogspot.com/2012/12/petua-menjaga-alat-kelamin-wanita.html

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN BENTUK MUKA.

1. Lakukan senaman muka anda setiap pagi,petang dan malam dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Semasa lakukan ini anda hendaklah berada di hadapan cermin.


2. Menepuk dagu menggunakan belakang tangan anda setiap pagi/petang/malam sebanyak 40 kali dan mengadap cermin. Ini bertujuan untuk mengelakkan dagu berlapis.

3. Setiap pagi letakkan siku di atas lutut anda sementara tapak tangan anda menupang dagu anda..Ini dinamakan berteleku di tepi katil. Lakukan ini selama 10 minit.

4. Tundukkan kepala sambil menadah muka dengan telapak tangan sambil siku di atas lutut anda.(penuhkan muka dengan telapak tangan)Lakukan ini selama 10 minit bertujuan untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.

Tuesday, 17 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BAU NAFAS DAN MULUT.

Anda mungkin pernah mengalami bau mulut dan nafas anda berbau. Perbualan anda akan menjadi terbatas sewaktu bersama teman-teman anda. Cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.

SIRIH
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka antum gunakanlahnya untuk atasi bau yang tidak enak di mulut. Caranya :~
a)      Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.
b)      Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Antum amalkan setiap hari.
.
.
SERAI WANGI DAN KULIT LIMAU KASTURI
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Antum tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian antum jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
.
.
DAUN JAMBU BATU
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Antum tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
.
.
CENGKIH
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
.
.

MENGHISAP KULIT KAYU MANIS  

Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.

Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika antum menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.
.
.
BUNGA LAWANG
Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh antum gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.
.
.
ASAM JAWA DAN GULA MERAH
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Antum bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan antum.
.
.
HAMPAS KELAPA YANG DIGORENG
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian antum ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, antum amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.
.
.
TEH HIJAU DAN DAUN PUDINA.
Cara lain yang mungkin boleh antum lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.

Posted by; shafiqolbu
SUMBER ----- http://shafiqolbu.wordpress.com/

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGURANGKAN PANAS BADAN.

Tekak anda akan berasa kering dan perit terutama waktu panas. Cubalah petua-petua tradisional di bawah.

AIR ASAM JAWA.
Minum air bancuhan air asam jawa yang agak pekat sehingga terasa masamnya. Ataupun sebelum anda tidur sejukkan badan anda dengan menyapu air ke seluruh badan untuk mengurangkan panas badan.

MENTIMUN PENAWAR.
Anda kisarkan sebiji mentimun sehingga halus. Jadikan ia sebagai minuman dan campurkan dengan sedikit air, gula dan garam. Kacau sehingga sebati dan simpan di dalam peti sejuk. Anda bolehlah meminumnya setiap pagi, petang dan malam.

DAUN ARUDA DAN BAWANG PUTIH.
Ambil beberapa helai daun Aruda dan 3 ulas bawang putih. Ramaskan daun tersebut manakala bawang putih ditumbuk dan rendamkan kedua-duanya di dlama air panas mati. Gaulkan kdeua-dua bahan ini dan sapukan ke seluruh badan. Dimulakan dengan dari rambut ke badan dan diakhiri dengan kedua-dua belah kaki anda. Lakukan 2 kali sehari pagi dan malam.

DAUN PISANG NANGKA.
Ambil 2 pelepah daun pisang nangka layurkan di atas api dan letakkan 1 pelepah di atas lantai dan berbaringlah di atasnya. Manakala pelepah yang kedua letakkan di atas badan anda ke seluruh anggota badan termasuk kaki dan tangan. Ulanginya sebanyak 3 kali sehari sekiranya panas badan masih tidak berkurangan.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MEWANGIKAN KETIAK.

Bau ketiak yang kuat akan merimaskan kawan-kawan sekeliling kita. bau ini juga akan menjadikan kita berasa malu apabila berada di khalayak ramai. Cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.

BEDAK SEJUK DAN DAUN PANDAN.
Tumbuk beberapa helai daun pandan sehingga hancur dan lumat dan perahkan airnya. gunakan air tersebut sebagai pembancuh kepada bedak sejuk. Bila sudah sebati sapukan pada ketiak anda. Lakukan setiap malam sebelum anda tidur. Insyaallah anda akan melihat hasilnya seminggu kemudian.

KAPUR SIRIH.
Ambil sedikit kapur sirih dan di bancuh dengan air perahan limau nipis. Sapukan ramuan ini ke seluruh ketiak anda. Amalkan setiap malam sebelum masuk tidur atau selepas mandi malam. Ulanglah sekerap yang anda mampu untuk melihat keberkesanannya. Insyaallah...


Saturday, 14 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGATASI MASALAH TUMIT KAKI PECAH-PECAH.

Semua orang impikan tumit kaki yang cantik dan licin. Bolehlah mencuba petua-petua tradisional di bawah ini.

BUAH BELIMBING BULUH.
Gosokkan buah belimbing buluh ke tumit anda setiap kali hendak mandi. Biarkan seketika sebelum menggosokkannya dengan menggunakan kain yang lembut untuk menghilangkan kesannya. Ia juga boleh menjadikan kulit kaki jadi tahan, tidak mudak luka atau terkoyak.

ASAM JAWA.
Bancuh sebesen besar air asam jawa dan masukkan kedua-dua belah kaki anda. Lakukannya sebelah malam sewaktu anda duduk berehat sambil menonton tv. Lakukan sebanyak 3 atau 4 kali seminggu.

BAWANG MERAH
Ambil beberapa biji bawang merah dan belah 2 dan picit-picitkannya sehingga kelaur air. Sapukan ke tumit kaki anda atau di tempat yang pecah.

SERAI DAN MADU
sediakan 10 batang serai, ketuk sehingga pipih. Rebus sehingga mendidih dan minum airnya sewaktu masih suam. tetapi jangan lupa campurkan sedikit madu.

RAMBUT SENDIRI
Kumpulkan rambut anda yang gugur sehingga segenggam. Bakarkan sehingga menjadi abu. bancuh dengan sedikit minyak kelapa dan sapukan bahan ini ke tumit kaki yang pecah. Untuk mengalami masalah bengkak kaki pula gunakan bahan tersebut sapu dan ratakan dengan menggunakan kapas. Bungkus kaki anda dengan stokin yang longgar. Ulang sehingga kaki anda pulih.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGATASI MASALAH SEMBELIT.

Buang air besar tidak lawas boleh menyebabkan pening kepala. Bagi yang menghadapi masalah ini bolehlah mencuba beberapa petua-petua tradisional di bawah ini.

ULAM DAUN GELENGGANG.
Rebuskan beberapa helai daun gelenggang dan buat sebagai ulam setiap kali makan nasi. Amalkan selalu.

KHASIAT BUAH-BUAHAN SEGAR
Makan seberapa banyak buah-buahan segar seperti nenas, betik ataupun pisang. Insyaallah anda tidak akan mengalami masalah sembelit lagi.

KHASIAT AKAR TEMULAWAK DAN BIJI SAWI.
Rebuskan akar temulawak dan segenggam biji sawi dengan air secukupnya. Tapis dan sejukkan dan buatlah sebagai air minuman pagi dan petang dan lihatlah hasilnya. Insyaallah.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGATASI MASALAH SENGGUGUT.

Kebiasaan wanita mengalami senggugut sukar untuk mendapat cahaya mata. Petua-petua di bawah ini amat mujarab untuk anda amalkan.

KHASIAT DAUN KEMBOJA
Rebus 5 hingga 7 helai daun kemboja dengan 3 gelas air sehingga tinggal 1 gelas sahaja dan minum. Sebaik-baiknya lakukan seminggu sebelum datang haid. Ini dapat menghilangkan rasa sakit sewaktu haid dan melancarkan perjalanan darah.

RAHSIA BAWANG MERAH
Ambil 3 ulas bawang merah dipotong halus dan campur dengan segelas air panas. Kacau dan terus minum.

AIR SARSI
Ambil segelas air sarsi atau coca-cola dan minum. Setelah diminum terus berehat dan Insyaallah sakit akan hilang sedikit demi sedikit.

AIR HALIA
Untuk menghilangkan rasa sakit semasa senggugut, anda perlu minum air perahan halia selama sebulan. Minum sebanyak 2 gelas sehari. Sekiranya tiada apa-apa perubahan sila rendamkan kaki anda ke dalam air suam yang dicampur dengan sedikit garam. Amalkan sehingga rasa sakit hilang.

Friday, 13 September 2013

PETUA PENJAGAAN TANGAN


MENGILAT KUKU.
Ambil perahan dari 3 biji buah limau dan campurkan dengan sedikit air. Rendam tangan selama 15 minit. Kemudian ambil belimbing buluh dan gosok pada kuku hingga hilang kotoran yang melekat. Bilas seperti biasa. Kuku akan bersih malah juga akan berkilat.

RAHSIA BIBIR.
Ambil sepotong halia segar, kupas dan bersihkan. Tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosok hampasnya ke bibir berulang kali. Pasti bibir anda akan lebih cantik merah dan berseri-seri.

BAGAIMANA MELEMBUTKAN TANGAN.
Ambil beberapa helai daun betik, ramaskan sehingga kering di tangan anda. Kemudian dicuci dengan air biasa. Insyaallah tangan anda akan lembut dan mulus.

PETUA-PETUA TRADISIONAL PENJAGAAN BUAH DADA.

Ibu-ibu yang baru bersalin akan mengalami buah dada yang kendur dan tidak bermaya. Cubalah amalkan petua di bawah ini.


KHASIAT SIRIH DAN MINYAK KELAPA.
Ambil beberapa daun sirih yang lebar dan berwarna hijau sapukan dengan minyak kelapa seterusnya salaikan menggunakan api lilin. Tekapkan ke buah dada dan biarkan sehingga kering. Cuba buat berulang kali. Petua ini juga dipanggil oleh orang dahulu kalan PETUA SAYANG SUAMI.

KEISTIMEWAAN PUTIH TELOR
Ambil putih telor dan sapukan di sekeliling buah dada anda. Biarkan kering dengan sendirinya pada waktu malam hingga esok harinya. Bersih seperti biasa. Lihat perubahannya kemudian.



PETUA-PETUA TRADISIONAL PENJAGAAN RAMBUT.

Kelemumur boleh menyebabkan kepala anda gatal dan berasa tidak selesa. Cuba amalkan petua -petua
tradisional di bawah ini.

KHASIAT NENAS MUDA
Ambil 2 biji nenas muda parutkan dan perah airnya. Lumurkan ke kepala air perahan ini dan biarkan
selama 15 minit
Selepas itu cuci seperti biasa. Petua tradisional ini memang lama di amalkan sejak dahulu kala.


LIMAU NIPIS PERAPI RAMBUT
Ambil 3 biji limau nipis dan dipotong nipis-nipis. Rendamkannya di dalam air panas selama 5 minit.
Jadikan air limau ini sebagai bilasan setiap kali anda membasuh rambut.
Setelah di bilas basuh sekali lagi dengan air biasa. Amalkan sehingga kelemumur anda hilang.
Lakukan sekali dalam seminggu. Bukan sahaja bertindak mencegah kelemumur
malah akan mewangi dan menghitamkan rambut. Insyaallah…

PANDANPEWANGIRAMBUT
Tumbuk dan kisar sehingga lumat 10 helai daun pandan dan dicampur dengan segelas air.
Perahkan airnya beberapa minit dan bilas seperti biasa.
Lakukan sebelah petang atau malam. Selain mewangikan rambut ia juga mampu mencegah uban

RAMUAN DAPUR
Ambil segelas santan kelapa, 1 inci kunyit hidup dan sedikit garam.
Kunyit di tumbuk sehingga lumat bersama garam dan di campurkan ke dalam santan.
Lumurkan ke seluruh kepala dan dibiarkan selama 15 minit.
 Kemudian syampu rambut seperti biasa. Lakukan 2 kali seminggu.

DAUN BUNGA RAYA
Ambil beberapa helai daun bunga raya ramas di dalam air sehingga keluar lendirnya dan sapu ke kepala.
Kemudian balut kepala anda menggunakan tuala dan dibiarkan selama setengah jam. 
Selepas itu cucilah seperti biasa. Lakukan 2 kali seminggu.

MASALAH KUTU KEPALA
Lumurkan minyak tanah ke seluruh kepala dan balut dengan tuala bersih dan biarkan selama 10 atau
15 minit. Kemudian cuci seperti biasa.
Lakukan 2 atau 3 hari berturut-turut.

MENGATASI RAMBUT BERUBAN
Ambil beberapa helai daun sekentut dan dijemur sehingga kering.
Kemudian dibakar hingga menjadi abu, rendam dan tapiskan campuran tersebut dan dipupuk ke rambut.




























































































































































































































































































































































































































Wednesday, 11 September 2013

PETUA-PETUA MELANGSING DAN MENGURUSKAN BADAN.

Semua orang mementingkan potongan yang baik terutamanya wanita. Untuk menjadikan tubuh anda ramping dan enak di pandang cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.
RAHSIA BUAH DELIMA.
Ambil 5 biji (isi bahagian dalam buah delima sahaja) dan masukkan ke dalam 2 gelas air biasa kemudian dicampurkan sedikit garam. Minumlah ramuan ini segelas setiap pagi selepas sarapan. Amalkan selama 2 minggu pada setiap bulan.

KHASIAT REMPAH RATUS.
Rebus sedikit campuran rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan halia dengan secawan air. Minum sewaktu suam setiap pagi, petang dan malam. Buat sebagai air minuman anda dan anda akan lihat perbezaannya. Insyaallah...

ELAK PERUT BUNCIT.
Perah 2 biji limau nipis serta bancuh secawan teh pekat panas. Campurkan kedua-duanya dalam 1 cawan dan minum sewaktu masih suam. Minum selepas sarapan pagi dan makan tengahari. Ia bertujuan memecahkan lemak di dalam perut.
PERLU DIINGAT JANGAN SESEKALI TAMBAHKAN GULA DI DALAM MINUMAN TERSEBUT.

RAHSIA DAUN BETIK.
Ambil beberapa daun betik direbus dan diminum ketika masih suam. Minum 2 gelas sehari dan amalkan selam sebulan. Anda akan rasakan perubahannya dan pasti mengejutkan boyfriend anda kerana anda akan langsing seksi dan bergaya. Insyallah...

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BAU BADAN.

Badan yang berbau sememangnya memalukan dan boleh mengganggu teman-teman sekeliling kita. Di bawah ini disertakan petua-petua tradisional menghilangkan bau badan.
MENTIMUN.
Ambil sebiji mentimun muda kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan sahaja isi dalam mentimun ke bahagian badan yang berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Insyaallah...

BERAS GORENG DAN ASAM JAWA.
Ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus. Hancurkan dan bancuh bersama air asam jawa. Sapukan atau gosokkan ke bahagian badan yang berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Insyaallah akan ada perubahan kepada anda.

PEWANGI PELUH.
Ambil tawas dan hancurkannya menjadi serbuk dan gaulkan dengan sedikit bedak. Setelah itu sapukan dengan rapi ke semua bahgian badan yang berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum anda tidur. Insyaallah anda akan dapati peluh yang dari badan anda menjadi wangi.

DAUN SIRIH.
Ambil 20 atau 30 helai daun sirih dan direbus bersama segelas air dan jadikan minuman setiap pagi anda. Sebelum meminumnya hendaklah berselawat ke atas Nabi SAW 3 kali sebelum meminumnya. Khasiatnya bukan sahaja mewangikan peluh malah akan menjadikan mata anda sentiasa terang. Insyaallah...

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN KESAN PARUT JERAWAT DI MUKA.

Parut jerawat sememangnya mampu boleh mengubah penampilan seseorang. Di bawah ini disertakan petua-petua tradisional menghilangkan prut jerawat di muka.
RAHSIA KULIT JAMBU BATU.
Ambil 3 atau 4 biji buah jambu batu muda dan kisarkan sehingga halus (bahagian kulit sahaja yer). Setelah dikisar sapu kisaran tersebut ke bahagian parut jerawat serta dibiarkan semalaman. Basuh seperti biasa dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga kesan parut pulih seperti sediakala dan Insyaallah kulit muka akan kelihatan lebih halus dan licin.

KEGUNAAN KULIT PISANG.
Jangan membuang kulit pisang masak selepas anda memakannya. Kulit pisang masak tersebut mampu menghilangkan kesan parut dari kudis mahupun luka di anggota badan termasuk muka. Apa yang perlu dilakukan cuma sapu bahagian dalam kulit pisang perlahan-lahan seklama beberapa minit pada bahagian berparut selama beberapa minit. Kemudian basuh muka seperti biasa. Cuba amalkan selalu sehingga parut hilang. Insyaallah...

AIR BILASAN BERAS.
Air bilasan beras juga boleh menghilangkan parut dengan cara membersihkan muka anda dengannya. Biarkan air tersebut hingga kering dengan sendirinya. Kemudian boleh lah membasuh muka anda dengan air bersih. Ini hendaklah diamalkan sekerap yang anda mampu.

UBI KENTANG.
Ambil sebiji ubi kentang dan kupas kulitnya dan parutkan. Sapukan ke wajah anda dan biarkan selama 10 atau 15 minit. Sebelum melakukannya muka anda hendaklah dibersihkan terlebih dahlu dari kekotoran. Selepas itu cuci menggunakan air suam. Insyaallah bintik-bintik hitam akan segera hilang. Insyaallah...

Tuesday, 10 September 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHAPUSKAN PARUT JERAWAT.

Cuba amalkan petua-petua tradisional di bawah ini untuk menghilangkan parut jerawat.
PANTANG LARANG JERAWAT BATU.
Anda dinasihatkan jangan sesekali memicit jerawat yang belum matang. Ia akan meninggalkan kesan hitam di wajah anda.

KHASIAT PUCUK JAMBU BATU.
Cuba dapatkan beberapa helai daun jambu batu dan digiling sehingga halus. Untuk menjadikannya lebih berkesan campurkannya bersama bedak sejuk. Cuba amalkannya selalu. Insyaallah pasti akan berkesan.

RAHSIA BELERANG DAN AIR MAWAR.
Gaulkan hingga sebati ramuan ini dan sapukan di tempat yang ditumbuhi jerawat. Sekiranya anda tidak mempunyai air mawar, anda boleh menggantikannya dengan air asam jawa. Insyaallah.

RAHSIA PUTIH TELOR.
Sapukan putih telor dari ayam kampung ini dengan rapi dan biarkan kira-kira 20 minit di wajah anda. Anda akan merasa tegang sewaktu menyapunya. Selepas itu bilas dengan air suam dan diikuti dengan air biasa. Lapkan wajah anda dengan tuala yang bersih. Insyaallah.

TEPUNG UBI DAN ASAM JAWA.
Sediakan beberapa sudu tepung ubi yang telah dibancuh dengan air asam jawa. Bancuh nya sehingga pekat sedikit agar senang untuk disapu. Sapukan sekitar mata dan mulut. Biarkan sehingga kering dan tanggalkannya secara perlaha-lahan sehingga terbentuknya seperti topeng basuh muka anda seperti biasa.

AIR KELAPA MUDA CEGAH PARUT.
Basuh muka anda dengan air kelapa muda. Jangan lapkannya dan biarkan ia kering sedikit dan cucuikannya dengan air bersih.

PETUA-PETUA TRADISIONAL AWET MUDA.

Seringkali kita terserempak dengan wanita atau lelaki yang kelihatan tua dari usia sebenar mereka. Kulit muka mereka kelihatan pucat dan tidak berseri. Cuba amalkan petua di bawah ini :

AIR DAUN PEGAGA.
Sediakan daun pegaga sebanyak 2 genggam. Bersih dan tumbukkannya sehingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air dan minum perahan air ini 2 atau 4 kali seminggu. Insyaallah tidak akan dimakan usia.

KHASIAT AIR KELAPA TUA
Cuba amalkan membasuh muka menggunakan air kelapa tua ini dan biarkan kering sendiri selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air bersih. Disamping mengawet muda wajah anda ia juga bertindak sebagai moisterizer. Insyaallah...

RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA.
Ambil 1 atau 2 pelepah basuh sehingga bersih kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bedak sejuk. Gaul sampai rata dan sapukan ke wajah anda dengan rapi. Ulangi memakainya 2 kali sehari. Insyaallah pasti ada perubahannya.

KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA.
Ambil beberapa daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kobis dan gaulkan dengan madu lebah tersebut. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkannya menggunakan kapas lembab dengan lembut. Insyaallah kulit muka anda akan sentiasa lembab dan tegang.

DAUN INAI PENAIK SERI.
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira 3 cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Insyaallah wajah anda akan berseri.

KHASIAT KUNYIT MUDA.
Ambil kunyit muda yang segar, bersih dan potong nipis. Jadikannya ulam semasa anda makan nasi. Insyaallah wajah anda akan berseri dan menawan keluarga bahagia.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHALUS, MELEMBUT DAN MELICINKAN MUKA

Kulit muka yang kasar dan kering amat merimaskan kita. Anda patut mencuba pelbagai petua tradisional yang tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal dan banyak.
Diantara perawatannya ialah :

KUNING TELUR MENGHALUSKAN KULIT MUKA.
Cuba amalkan menyapu kuning telur ayam dengan minyak zaitun. Biarkan selama 3 @ 4 jam di wajah anda. Bersihkan dengan air suam diikuti ketulan ais secara perlahan-lahan. Insyaallah anda akan lihat perbezaannya.

KHASIAT PETAI CINA.
Ambil daun petai cina yang muda bersihkan dan ramas-ramaskannya di tapak tangan anda dan sapu ke seluruh muka anda. Lakukannya sebelum anda mandi. Setelah beberapa minit bersihkan muka anda dengan air sejuk. Insyaallah...

TOMATO, MENTIMUN PENYERI MUKA.
Untuk mencegah muka anda dari ditumbuhi jerawat anda boleh mencuba menggunakan sayuran seperti tomato dan mentimun. Potong nipis-nipis dan letakkan ke wajah anda dan biarkan seketika. Biarkan ia melekat ke wajah anda dan barulah dibilas dengan air bersih. Insyaallah...

PULUT HITAM MENGHALUS KULIT.
Jemurkan 2 genggam dan kisar pulut hitam sehingga menjadi tepung. campurkan bahan tersebut ke dalam campuran kuning telur ayam dan perahan air limau nipis. Sapukan "MASK" ke seluruh muka kecuali mata anda. setelah kering bilas dengan air bersih. Insyaallah..

TEH MELEMBUT MUKA.
Rendamkan beberapa sudu teh ke dalam 2 gelas air dan embunkan semalaman. Sapukan keseluruh muka pada keesokan pagi sambil salawat 3 kali. Insyaallah muka yang kasar akan berubah menjadi bersih berseri-seri.

KACANG SOYA PENYERI WAJAH.
Rendam kacang soya, kisar dan didihkannya. Masukkan ke dalam loyang dan wapkan wajah anda di dalam kepulan asapnya. Lebih elok jika anda membalut wajah anda dengan tuala bersih. Buatlah sekerap yang anda mampu. Insyaallah...

MASK SAGU UBI MENYEGAR WAJAH.
Bancuh kira-kira 2 sudu tepung sagu ubi dengan kepekatan yang sederhana. Sapu keseluruhan wajah kecuali mata anda. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut dan Insyaallah anda akan lihat hasilnya.