Kulit muka yang kasar dan kering amat merimaskan kita. Anda patut mencuba pelbagai petua tradisional yang tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal dan banyak.
Diantara perawatannya ialah :
KUNING TELUR MENGHALUSKAN KULIT MUKA.
Cuba amalkan menyapu kuning telur ayam dengan minyak zaitun. Biarkan selama 3 @ 4 jam di wajah anda. Bersihkan dengan air suam diikuti ketulan ais secara perlahan-lahan. Insyaallah anda akan lihat perbezaannya.
KHASIAT PETAI CINA.
Ambil daun petai cina yang muda bersihkan dan ramas-ramaskannya di tapak tangan anda dan sapu ke seluruh muka anda. Lakukannya sebelum anda mandi. Setelah beberapa minit bersihkan muka anda dengan air sejuk. Insyaallah...
TOMATO, MENTIMUN PENYERI MUKA.
Untuk mencegah muka anda dari ditumbuhi jerawat anda boleh mencuba menggunakan sayuran seperti tomato dan mentimun. Potong nipis-nipis dan letakkan ke wajah anda dan biarkan seketika. Biarkan ia melekat ke wajah anda dan barulah dibilas dengan air bersih. Insyaallah...
PULUT HITAM MENGHALUS KULIT.
Jemurkan 2 genggam dan kisar pulut hitam sehingga menjadi tepung. campurkan bahan tersebut ke dalam campuran kuning telur ayam dan perahan air limau nipis. Sapukan "MASK" ke seluruh muka kecuali mata anda. setelah kering bilas dengan air bersih. Insyaallah..
TEH MELEMBUT MUKA.
Rendamkan beberapa sudu teh ke dalam 2 gelas air dan embunkan semalaman. Sapukan keseluruh muka pada keesokan pagi sambil salawat 3 kali. Insyaallah muka yang kasar akan berubah menjadi bersih berseri-seri.
KACANG SOYA PENYERI WAJAH.
Rendam kacang soya, kisar dan didihkannya. Masukkan ke dalam loyang dan wapkan wajah anda di dalam kepulan asapnya. Lebih elok jika anda membalut wajah anda dengan tuala bersih. Buatlah sekerap yang anda mampu. Insyaallah...
MASK SAGU UBI MENYEGAR WAJAH.
Bancuh kira-kira 2 sudu tepung sagu ubi dengan kepekatan yang sederhana. Sapu keseluruhan wajah kecuali mata anda. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut dan Insyaallah anda akan lihat hasilnya.
0 comments:
Post a Comment