Friday, 28 February 2014

Petua Hilangkan Rasa Pahit Mi Kuning






Petua Hilangkan Rasa Pahit Mi Kuning

Sebelum masak mi kuning, rendamkan mi kuning tersebut ke dalam air suam yang telah dicampur dengan sesudu gula. Biarkan anggaran selama 15 minit. Toskan dan masak seperti biasa.

Hasilnya, jika mi itu pahit, rasa pahitnya akan hilang.
Jika mi itu tidak pahit, rasa mi tidak rosak malah semakin enak.

Thursday, 27 February 2014

Petua Tradisional Mewangikan Rambut.

http://petuo.blogspot.com/2014/02/petua-tradisional-mewangikan-rambut.html
Selain dari menggunakan minyak rambut yang wangi yang di beli di kedai, kita juga boleh menggunakan petua tradisional untuk mewangikan rambut kita.

Ambil beberapa biji limau nipis dan potong nipis-nipis dan kemudian hendaklah di gosok ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit sehingga ianya meresap ke seluruh rambut dan selepas itu hendaklah di cuci menggunakan air bersih.

Limau nipis ini juga boleh menyejukkan kepala anda dan menghilangkan pening kepala selain dari dapat mewangikan rambut anda.

Cubalah petua tradisional ini untuk mewangikan rambut anda. Lakukan sekerap yang anda mampu.

Petua Tradisional Menghilangkan Urat Di Kaki.

http://petuo.blogspot.com/2014/02/petua-tradisional-menghilangkan-urat-di.html
Masalah urat timbul di kaki adalah perkara yang sering terjadi bagi ibu-ibu yang sedang mengandung. Perkara ini akan berlarutan sehingga mereka bersalin. 

Dibawah ini petua tradisional menyediakan beberapa petua untuk mengatasi masalah ini.

1- Ketika tidur kaki anda hendaklah letakkan tinggi sedikit dari aras kepala.

2- Rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit di dalam sebesen air suam, lakukannya setiap hari.

3- Anda juga boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

Cuba lakukan petua-petua tradisional di atas sekerap yang mungkin. 

Tuesday, 25 February 2014

Petua Hilangkan Rasa Pahit Timun






Petua Hilangkan Rasa Pahit Timun



Semasa membeli timun, pilihlah hujungnya lebih kecil daripada bahagian kepala. 

Selain itu, selepas dicuci, potong sedikit bahagian hujungnya dan gesel-geselkan pada permukaan yang dipotong sehingga mengeluarkan getah. Kemudian potong bahagian yang mengeluarkan getah itu dan cuci bersih.

Friday, 21 February 2014

Petua Rawat Demam Denggi




Ambil 2 helai daun betik yang hijau dan segar, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Basuh daun dengan air sehingga bersih. Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carik-carikkan bahagian daun sahaja. Giling atau tumbuk daun tersebut sehingga lumat/berair.

Perah jus daun tersebut. Anda akan dapat anggaran dua sudu makan jus daun betik.

Minum jus daun betik 2 kali sehari (1 sudu

Tuesday, 18 February 2014

Monday, 17 February 2014

Petua Menghaluskan Kulit Badan.

Madu Asli
Ramai di kalangan wanita sudah tentu inginkan kulit yang halus, gebu dan montok. Petuo ingin berkongsikan petuanya di bawah. Anda boleh mencubanya di rumah.

Ramuan @ Bahan-bahannya :

1- Setengah cawan madu asli @ original.
2- Minyak esen mawar secukupnya.
3- 1 1/4 cawan susu full cream.

Campurkan madu, titiskan beberapa titisan minyak esen mawar dan seterusnya campurkan susu full cream ke dalam bath tub anda. kacaulah campuran tadi sehingga larut di dalam bath tub anda. Dan anda bolehlah berendam di dalam air tersebut sekurang-kurangnya 15 minit.

InshaAllah jika diizinkan oleh Allah anda akan lihat perubahan pada kulit anda.


DAGING KAMBING AMAT BAIK UNTUK KESIHATAN.

Sonyum kambing
Daging kambing tidak baik dimakan untuk kesihatan sudah mula diterap dalam minda kita sejak dahulu lagi. Adakah benar fakta ini?

Sebenarnya tanpa disedari bahawa 63% daripada daging merah yang digunakan setiap hari sebenarnya adalah daging kambing. Bahkan permintaan terhadap daging kambing amat tinggi di beberapa buah negara termasuklah d inegara-negara Barat, Timur Tengah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean.

DiMalaysia, bagaimanapun permintaan terhadap daging kambing tidaklah setinggi mana. Ia berikutan dua faktor iaitu pengguna tidak tahu di mana hendak mendapatkan daging kambing. Kebanyakkan pasaraya hanya menjual daging kambing biri-biri (mutton atau lamb)

Faktor kedua adalah tanggapan salah bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol tinggi yang membahayakan jantung. Ternyata tanggapan ini tidak benar sama sekali apabila ia berpunca daripada salah faham mengenai daging kambing biasa dan daging kambing biri-biri. Mungkin setelah mengetahui sendiri perbezaan dan frasa yang digunakan dalam melabelkan kambing dan kambing biri-biri secara tidak langsung mampu mengubah persepsi anda mengenai salah tanggapan ini.

PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI
Kambing (Goat)
- Ekornya menegak keatas.
- Biasanya diternak bagi mendapatkan hasil daging dan susu.
- Daging kambing biasa dikenali sebagai 'chevon'.
- Daging bagi anak kambing dikenali sebagai 'cabrito' atau 'capretto'.
- Dagingnya rendah lemak dan rendah kolesterol.

Kambing biri-biri (Sheep)
- Ekornya jatuh kebawah.
- Diternak bagi mendapatkan bulunya.
- Daging bagi kambing biri-biri dewasa dikenali sebagai 'mutton'.
- Daging bagi anak kambing biri-biri dikenali sebagai 'lamb'.
- Dagingnya mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.

KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING
Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah. Ia sangat ideal bagi mereka yang sangat menitikberatkan soal kesihatan. Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah:

- Baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung.
- Ia kaya dengan protein dan ratio lemak sihat.
- Mengandungi zat besi dan potasium yang tinggi beserta dengan tahap sodium yang rendah.
- Kandungan kalori dan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam.
- Tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.

SUMBER

Friday, 14 February 2014

Petua Merawat Gastrik






Selalu mengalami sakit gastrik?

Cubalah petua di bawah:



Petua Merawat Gastrik 1:

Campurkan buah tamar (kurma) dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Minum 2 kali sehari.



Petua Merawat Gastrik 2:

Titiskan beberapa titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Biarkan menjadi suam dan minum selepas sarapan pagi. 

Monday, 10 February 2014

Petua Mengilatkan Barangan Tembaga




Cara tradisional untuk mengilatkan barangan tembaga adalah dengan menghancurkan belimbing pada permukaan barangan tembaga. Biarkan seketika dan kemudian gosok dengan sabut kelapa sehingga barangan tembaga itu kelihatan bersinar. Akhir sekali lap perlahan-lahan dengan kain flanel atau kain lembut.

Thursday, 6 February 2014

Tuesday, 4 February 2014

Pencarian "Total Solution All-In-One Suppliment"

Kesan menggunakan make up  terlalu lama boleh merosakkan  rupa paras  dan tidak akan  boleh dibaiki .

Kenapa sesaorang itu  memakai mekap setiap hari tanpa menanggalkannya.  ?
Alasan  “Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up,


Apakah kesan nya ?
Hasil pemeriksaan , di dapati  kulit mereka yang menggunakan bahan yang berasakan bahan yang mengandungi merkuri ini.penampilan mereka  kelihatan berumur dua kali ganda dari usia yang sebenar (nampak tua) .Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.Siapakah yang bertanggung jawab kiranya terjadi sedemikian ? ?  .Oleh itu perlulah bijak membeli alat kecantikan di luar sana


Anda di sarankan supaya  mula beralih  kepada bahan yang lebih selamat . Hindari diri daripada menggunakan bahan berbahaya yang memudaratkan. Kesan racun ini akan dapat dirasai secara perlahan  dalam jangka masa yang  lama - seperti bom jangka.

Bertukarlah  kepada produk  yang berasaskan dari buah-buahan. Phytoscience memperkenalkan kepada anda produk yang berasaskan anggur dan apple khusus  untuk anda yang ingin sentiasa kelihatan cantik , awet muda sihat dan bertenaga selalu.



Kebaikan Anggur Hitam terkenal mengandung serat dan antioksidan yang tinggi sehingga sangat bermanfaat bagi tubuh sebagai sumber energi dan mencegah radikal bebas dari percemaran udara, selain itu memang telah diakui  Anggur Hitam juga mempunyai kebaikan untuk mencegah penuaan .



Warnanya yang cantik dan rasanya yang enak sering kali membuatkan si kecil tertarik dengannya. Anggur baik untuk kanak-kanak. Ini  kerana ia membekalkan protein, karbohidrat, vitamin A dan B di samping pelbagai jenis minera  termasuklah potasium, zat besi, kalsium, manganese dan fosforus. 

Zat besi di dalam anggur adalah berbentuk organik dan mudah di serap. Ini menjadikan ia bagus untuk kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah kurang darah. 


Beralihlah  kepada makanan berasakan buah apple dan anggur untuk kesihatan .Anggur boleh dianggap sebagai tonik yang hebat kerana boleh memberikan tenaga kepada badan . Anggur juga di antara buah yang tinggi kandungan anti-oksidan. Ia juga dapat mengatasi masalah selulit.
 
Kini  buah anggur telah di proses untuk memudahan  pengambilan nya .Dapatkan produk ini dengan cara yang lebih mudah dan  Dengan Harga Yang Lebih Murah .Membantu Semua Orang  untuk Mampu Memiliki Tubuh Yang Sihat, Cantik Menawan Serta Meningkatkan Tahap Keyakinan Dan Penampilan Diri!.
Segera beralih  dan Anda PATUT MENCUBA SENDIRI KHASIAT DAN KESAN  produk Phytoscience  yang mengandungi ramuan daripada anggur ini......
 MEMANG  KETARA...!
 

Sebagaimana yang kita maklum, Pemakaian kosmetik yang mengandung Merkuri  boleh  mengakibatkan kesan-kesan berikut; antaranya boleh...
  1. Memperlambat pertumbuhan janin
  2. Mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul)
  1. Noda hitam pada kulit akan  seakan pudar dan bila pemakaian dihentikan, noda  itu dapat / akan timbul lagi dan bertambah parah (melebar).
  1. (KULIT AKAN MENJADI GELAP/KUSAM SAAT PEMAKAIAN KOSMETIK DIHENTIKAN).
  1.  Wajah yang bersih lambat laun akan timbul Noda yang sangat serius (lebar).
  1. Dapat mengakibatkan kanker kulit.  



 PHYTOSCIENCE  menghasilkan Produk  yang di kenali sebagai DOUBLE stemcell . Produk ini adalah merupakan adaptogen dengan kebaikan yang tersendiri. Kandungan utama produk ini  ialah PhytoCellTec™ Malus Domestica ( Apple Stem Cells) dan PhytoCellTec™ Solar Vitis ( Grape Stem Cells) yang digunakan sebagai adaptogen dengan keperluan yang tersendiri, seperti anti-penuaan, antioksidan dan sebagainya.Sebagaimana di maklumkan apple dan anggur ( Vitis) digunakan dari anggur hibrida tahan-hama.

 
Inginkan wajah yang tegang dan bebas cela? Dptkan produk  PHYTOSCIENCE  yang hebat ia itu  Triple Spray Stemcell. Sekali semburan anda akan  dapat rasakan kesan serta merta.


Kesemua Produk PHYTOSCIENCE  mempunyai  Jaminan keselamatan  dan gunalah tanpa was-was kerana bahan asas adalah dari  bahan tumbuhan, PHYTOSCIENCE  memperuntukkan INSUREN KESELAMATAN BERNILAI  3 JUTA ( Ada produk di luar sana mempunyai insuren sebesar  tiga juta ringgit andaikata memudaratkan pelanggannya?---fikir)


Antara  Keistimewaan Produk PHYTOSCIENCE ini :
  • Eklusif penggunaan 2 jenis sel stem-Sel Stem Epal dan Sel Stem Anggur
  • Formula yang sempurna-memastikan produk berkesanan hingga maksima
  • Di import dari Switzerland-bahan mentah Sel Stem Epal dan Sel Stem Anggur
  • Kaedah Pengekstrakan PhytoCellTec-satu teknologi yang tinggi
  • Penganugerahan Innovasi 2008 di Eropah

Bertindaklah sekarang ! 

Jika Anda ingin  mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan.

Produk ini Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi  ,Berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan  pembentukan pigmen kulit.menjadikan kulit lembut, tegang dan sihat dari dalam



Kebaikan  Triple Stem cell .Produk ini  bermanafaat untuk :
  • Melindungi kulit daripada terkena pancaran UV yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
  • Membantu meningkatkan daya penyerapan kolegen.
  • Meningkatkan stamina fizikal dan peringkat tenaga.
  • Membantu membaiki  dan pertumbuhan sel-sel baru.
  • Membantu membaiki sistem imuniti.
  • Membantu mengurangkan kedut pada kulit muka.
  • Mengurangkan risiko kanser.
  • Melambatkan penuaan.
  • Melaraskan pH dalam badan.
  • Antioksidan.
 
Produk PHYTOSCIENCE  Meningkatkan Penghasilan Kolagen Tubuh Secara Semulajadi.

+ Apa itu Kolagen?
 Kolagen berfungsi sebagai penyokong kepada seluruh tubuh badan kita. Kolagen terdiri dari serat protein yang ada pada kulit, tulang rawan, tulang dan tisu-tisu (juga di dalam kuku dan rambut). Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein collagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

 
Tahukah anda ? Mibelle Biochemistry, adalah  sebuah kumpulan BIOKIMIA  di Switzerland, mereka  inilah yang  telah mengekstrakkan sel stem tumbuhan daripada sejenis spesis epal yang hampir pupus di Switzerland iaitu (Uttwiler Spätlauber Apple)

Para cerdikawan dan scientis ini memegang prinsip tersendiri , Moto Mibelle Biochemistry - "dilhamkan alam semula jadi - direalisasikan oleh sains" - Ini adalah prinsip atau  panduan di sebalik pendekatan baru mereka  untuk menggabungkan alam semula jadi dan melalui teknik  science untuk mengekstrak bahan-bahan mentah dari tumbuh-tumbuhan.Siapakah  Scientis Mibelle Biochemistry ?  , Ia di ketuai oleh scientist yang bernama Dr  Fred Zülli
 

 Antara yang menggunakan teknologi Mibelle Biochemistry  ini adalah  MICHELLE OBAMA,iaitu  isteri  kepada PRESIDEN WHITE HOUSE .Teknologi Ini  untuk tujuan KESIHATAN & AWET MUDA memang memberangsangkan
 
Dalam bahan-bahan aktif PhytoCellTec™  keseluruhan sel stem digunakan. Dengan menggunakan sel stem tumbuhan ia tidak menimbulkan hal keselamatan atau kebimbangan lain untuk manusia. Sel stem tumbuhan ditanam dalam keadaan tiada berkuman jadi tidak ada penyakit yang boleh dipindah dan tiada bahan yang diubahsuai secara genetik digunakan



Monday, 3 February 2014

Petua Merawat Kencing Manis Dengan Bendi





Bendi dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Jika anda ada penyakit kencing manis, cuba amalkan petua ini.

Ambil 2 batang bendi, kerat bahagian atas dan bawah. Kelar-kelar bahagaian tengah kedua-dua bendi dan masukkan ke dalam gelas berisi air. Tutup gelas dan biarkan semalaman pada suhu bilik. Keesokan paginya keluarkan bendi dari gelas dan minum air tersebut sebelum sarapan pagi.