Penyediaan Makanan Harus Menjadi Faktor Utama di lakukan untuk menjamin kebersihan Makanan. Bahan Mentah mestilah segar dan berstatus Halal .Walaupun status mana pembeli, jika penyediaan seperti digambar ini ,sudah semestinya mereka menolak sama sekali daripada membelinya. Renunglah...
Berapakah nilai keimanan kita jika direnungkan dengan insiden diatas!. Terlalu murah untuk dinilai. Oleh itu sentiasa mengawasi dan meneliliti setiap bahan mentah yang hendak dibeli dalam persediaan makanan dan jangan terlalu gairah makan diluar kerana kita kurang pasti bahan mentah mereka. . ….
Generasi umat Islam hari ini harus dididik dan disedarkan untuk kembali kepada Tuhan, bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam seperti perkara ini,tentunya mendapat kehinaan Tuhan.Jika tidak di benteras,makanan yang menjadi darah-daging itu akan berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Akan terhasil Keturunan yang akan sentiasa lalai kepada Tuhan Nya ,asyik berhiburan dan sangat gairah makan dan minum tanpa memikirkan halal dan haram lagi.
• Gambar Ideris di stor bahan mentah kilang,kelihatan periuk merebus bebola ikan
• Gambar minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam
• Gambar daging dan perut khinzir disimpan bersama ikan dan bahan lain di kilang itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan bahan tidak halal / haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ. Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.
"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja , ini tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.
Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.
Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.
Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun.
______________________________________________________
.Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.
Oleh RIZAM ZAKARIYA
Kosmo!
0 comments:
Post a Comment