Kebersihan Makanan; Halal, Pilihan Utama
Awasilah kebersihan makanan zahir dan batin .Kebersihan makanan dari segi luaran mudah kita lihat dan menjaganya, tetapi kebersihan makanan dari segi hakikinya,hanya hati dapat merasainya, akal memikirkanya .Peringatan kepada semua supaya berbanyaklah kita bermuhasabah diri. Menilai dan meneliti setiap aspek yang melibatkan kebersihan makanan, kerana impaknya begitu besar kepada pertumbuhan diri dari segi kerohanian .
Doa ada hubungan langsung dengan makanan yang masuk ke tubuh kita. Bila yang haram yang kita makan, maka pastilah semua doa kita akan ditolak! Kalau pun dengan makanan haram tetap tercapai apa yang diinginkan, itu adalah cubaan! Kita akan tetap mendapat balasan yang setimpal, tidak didunia, di hari akhirat nanti!
Makanan yang halal akan menjadi sumber energi untuk kehidupan. Semua yang halal yang diberikan kepada anak-anak dan keluarga kita, akan menjadikan mereka bersikap lemah lembut, penyayang, sangat menyejuk mata, mendapat ketenangan dalam hidupan, berkeyakinan akan sentiasa mendapat bimbingan ALLAH, rasa syukur yang mendalam atas semua karunia-Nya yang akan menjadi sumber inspirasi dalam membina kehidupan yang lebih baik, mendapat keberkatan – di dunia dan akhirat.
Tidak berapa lama dahulu kita dikejutkan dengan berita dari Harian Metro yang mendedahkan kes penyalahan sijil halal JAKIM. Ini adalah iktibar kepada sesiapa sahaja supaya dapat mengelakkan diri dari perkara-pekara yang meragukan dalam soal ini;kebersihan makanan.
___________________________________________________
Ini adalah Sumber Petikkan Akhbar :
KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. Pekara ini disahkan oleh Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim dan tidak menganggap isu halal sebagai remeh,kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini.Tindakan Jakim itu tidak perlu dipertikaikan.
Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum syarak.
Menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak dan telah terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.
Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih.
Ini membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak. Haram untuk dimakan oleh orang Islam.
Penguat kuasa Jakim, melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap tukang sembelih ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci , dan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses.
Proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam.
Syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera. produk siap diproses seperti ayam bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual.
Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera. Surat dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri.Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit.
Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim.
_____________________________________________________________
AYAM DINDINGS JUAL BANGKAI KEPADA UMAT ISLAM....
Edisi Nasional METRO: Ayam haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
0 comments:
Post a Comment