Petua hilangkan jeragat 1:
Anda ambil beras dalam segenggam. Rendam beras tersebut di dalam air lebih kurang sejam lamanya. Buangkan airnya dan tumbuk beras tersebut dengan kunyit hidup. Besar kunyit tersebut lebih kurang 1 cm sahaja. Ambil sebiji limau nipis yang telah diperah airnya dan sebiji putih telur. Hanya ambil jus perahan limau itu sahaja untuk dicampurkan dengan putih telur. Gaulkan semua bahan tersebut dan jadikannya masker. Selepas itu cuci muka anda dengan air suam yang bersih setelah masker anda kering. InshaAllah jeragat anda akan hilang sepenuhnya.
Petua hilangkan jeragat 2:
Ambil 1 sudu susu tepung dan gaulkannya dengan perahan limau nipis sehingga ia membentuk paste. selepas itu sapukannya ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan menggunakan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit muka anda. Cubalah lakukan sekerap mungkin. Insha Allah akan berkesan.
Admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku kepada anda.
0 comments:
Post a Comment