Wednesday, 12 March 2014

RAHSIA WANITA MENGEKALKAN KECANTIKAN SECARA SEMULA JADI.

http://petuo.blogspot.com/2014/03/rahsia-wanita-mengekalkan-kecantikan.html
RAHSIA WANITA MENGEKALKAN KECANTIKAN SECARA SEMULA JADI.


1. Kecantikan yang sebenar dan asli adalah datangnya dari hati yang bersih. Untuk memperolehi hati yang bersih, ianya datang dari iman yang luhur, tidak dicemari dengan perbuatan-perbuatan yang kotor dari sumber-sumber yang kotor. Hati yang bersih juga datangnya dari seseorang yang mempercayai qada dan qadar.

2. Menjauhi perbuatan-perbuatan yang buruk seperti 
  • menyampai-nyampaikan perkara-perkara yang buruk.
  • tidak suka menyebarkan fitnah.
  • tidak suka melaga-lagakan sesama manusia.
  • meninggalkan pertelingkahan walaupun dia benar.
  • selalu mengkaji kesalahan diri sendiri.
  • mudah untuk memohon maaf.
  • suka melakukan kebaikan.
  • sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
  • bersangka baik sesama manusia.
  • selalu bersedekah.
3. Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala yang berlaku mempunyai hikmah yang terselindung di sebaliknya.

4. Sentiasa menghadapi setiap dugaan dengan hati yang tabah, redha dan ihlas. 

Walaupun seseorang mempunyai wajah yang cantik di pandangan mata manusia belum tentu mempunyai hati yang bersih. Wanita yang cantik dan beriman mempunyai hati yang bersih akan dipandang cantik dari pandangan manusia dan semestinya oleh Allah s.w.t.


InshaAllah...






0 comments:

Post a Comment